Belanjawan 2027: Imam, tok bilal antara 40,000 petugas masjid dapat caruman PERKESO

LocalPolitics
9 Oct 2026 • 5:06 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Belanjawan 2027: Imam, tok bilal antara 40,000 petugas masjid dapat caruman PERKESO
Keseluruhan caruman berkenaan akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan melalui Lembaga Tabung Haji. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Seramai 40,000 petugas masjid dan tenaga pengajar agama di seluruh negara bakal menikmati perlindungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menerusi Belanjawan 2027.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keseluruhan caruman berkenaan akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan melalui Lembaga Tabung Haji.

Beliau yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, kemudahan itu melibatkan imam, bilal, tok siak, noja, marbut dan guru takmir.

“Kerajaan melalui Tabung Haji akan menanggung sepenuhnya caruman PERKESO bagi semua 40 ribu orang imam, bilal, tok siak, noja, marbut dan guru takmir,” katanya ketika membentangkan Belanjawan MADANI 2027 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved