Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Hari ini (19 Oktober) Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Belanjawan 2027 dengan peruntukan berjumlah RM459.8 bilion.
Oleh itu, ramai rakyat Malaysia yang ingin mengetahui apakah manfaat yang diterima oleh rakyat.
Jom kami kongsikan kepada anda senarainya:
#1 Sumbangan STR & SARA
Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) SARA 2027 telah ditingkatkan kepada RM16 bilion, ketimbang RM15 bilion.
View on Threads
#2 Peruntukan jualan Rahmah Madani & jualan Agro Madani
Menurut Anwar peruntukan bagi jualan Rahmah Madani serta jualan Agro Madani juga ditingkatkan daripada RM630 juta kepada RM750 dengan sasaran 35,000 penganjuran:
- 30,000 Jualan Rahmah melibatkan semua Dewan Undangan Negeri (DUN). Tumpuan adalah untuk memperbanyakkan penganjuran Jualan Rahmah di kawasan seperti desa, perumahan kos rendah serta Program Perumahan Rakyat (PPR) bandar. Ia bukan sahaja melalui kedai runcit biasa tetapi turut membabitkan mesin layan diri. Selain itu, Jualan Rahmah Madani Borong juga dianjurkan untuk membantu peniaga kecil
- 5,000 jualan Agro Madani turut dilaksanakan dengan menawarkan hasil tani segar seperti ikan, ayam, sayur dan buah pada harga 30% lebih murah.
Selain itu, pengedaran barangan asas ke kawasan pedesaan serta pedalaman turut diperluas dengan peruntukan RM250 juta. Ini meliputi sebanyak enam lokasi baharu antaranya:
- Kampung Terian dan Penampang – Sabah
- Kampung Dato’ Godan dan Pusa – Sarawak
#3 Had pelepasan cukai individu naik
Perdana Menteri turut mengumumkan kenaikan had pelepasan cukai individu daripada RM9,000 kepada RM12,000. Kadar ini kali terakhir disemak pada tahun 2010.
“Kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan sebanyak satu mata peratusan. Dalam pada itu, banjaran pendapatan bercukai antara RM70,000 hingga RM100,000 dikurangkan kepada 18%.
“Banjaran pendapatan bercukai antara RM100,000 hingga RM150,00 dikurangkan kepada 24%,” ujar beliau sewaktu pembentangan belanjawan di parlimen tadi.
View on Threads
#4 Kadar gaji minimum dinaikkan dari RM1,700 kepada RM2,000
Kerajaan juga bersetuju untuk meningkatkan kadar gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000.
Menurut beliau lagi, kadar gaji minimum ini berkuat kuasa mulai Jun 2027. Namun bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dengan hasil jualan di bawah RM50 juta dikecualikan bagi memberi ruang untuk penyesuaian model perniagaan.
View on Threads
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Belanjawan 2027: Ini Senarai Inisiatif Yang Bakal Dinikmati Pelajar, Anak Muda & Belia
#5 Geran padanan sehingga RM5,000 untuk PMKS dapatkan sijil halal kali pertama
Kata Anwar Ibrahim kerajaan bersetuju menyediakan Geran Padanan (matching grant) sehingga RM5,000 kepada syarikat Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang mahu mendapatkan sijil halal kali pertama.
View on Threads
#6 Pendapatan bersih bulanan pemandu e-hailing dan penghantar p-hailing dijangka naik
Selain itu, pendapatan bersih bagi pemandu e-hailing pada tahap median turut dijangka akan meningkat sehingga RM227 sebulan.
Bukan hanya itu, pendapatan penghantar p-hailing juga akan meningkat sehingga RM100 sebulan.
Selain itu pelepasan cukai PERKESO diperluas meliputi caruman wajib Skim Lindung Kendiri. Pelepasan tambahan diberikan sehingga RM150 bagi caruman sukarela Skim Lindung 24 Jam dan Lindung Kendiri.
View on Threads
#7 Program My50 diteruskan, MyKomuter juga akan diperkenalkan pada 2027
Bagi mereka yang menggunakan pengangkutan awam pula, pas perjalanan My50 juga bakal diteruskan untuk tahun hadapan di mana ia akan memanfaatkan seramai 300,000 pengguna bas serta rel Prasarana di Lembah Klang.
Bukan hanya itu kemudahan bagi MyKomuter50 turut bakal diperkenalkan
View on Threads
#8 Peminjam PTPTN dengan pendapatan RM2,500 ke bawah dapat penangguhan bayaran balik
Bagi mana-mana individu yang bergaji RM2,500 sebulan, kerajaan bersetuju untuk memberikan penangguhan bayaran semula kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada tahun 2027.
View on Threads
#8 Perumahan rakyat

Dalam belanjawan 2027, Anwar Ibrahim juga mengumumkan Bandar Madani Bukit Jalil akan dibangunkan sebagai kawasan kediaman rakyat yang lengkap dengan kemudahan termasuk sekolah vertikal.
Oleh itu, pendaftaran fasa 1 akan dibuka mulai Isnin (12 Oktober) ini.
Selain itu, hampir RM1 bilion disediakan untuk projek seperti Rumah Mesra Rakyat & Program Residensi Rakyat. Sebanyak empat projek akan dilaksanakan di:
- Kulai, Johor
- Nilai, Negeri Sembilan
- Paya Rumput, Melaka
- Leembah Pertang, Terengganu
Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) menyediakan jaminan pembiayaan perumahan hingga RM20 bilion.
“Jaminan ini bakal membantu 80,000 pembeli rumah pertama terutamanya dalam kalangan orang bekerja sendiri yang tidak mempunyai pendapatan tetap.”
#9 Pengecualian Duti Setem

Kerajaan juga akan emberikan pengecualian penuh duti setem ke atas perjanjian pinjaman dan surat cara pindah milik bagi rumah pertama berharga sehingga RM500,000.
Manakala, untuk rumah sehingga RM750,000, pengecualian penuh duti setem untuk RM500,000 pertama dan 50% bagi bakinya. Ini terpakai bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan mulai 1 Januari 2027 – 31 Disember 2030.
#10 Komuniti Orang Kurang Upaya (OKU)

Bagi komuniti OKU pula, ini beberapa inisiatif yang diumumkan dalam Belanjawan 2027:
- Peruntukan keseluruhan bagi bantuan OKU meningkat kepada RM1.5 bilion untuk manfaat lebih 300,000 OKU.
- Kadar bantuan penjagaan OKU terlantar dan pesakit kronik ditingkatkan daripada RM500 kepada RM600.
- Ambang pendapatan bagi melayakkan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya ditingkatkan daripada RM1,700-RM2,000.
- Elaun Murid Berkeperluan Pendidikan Khas ditingkatkan daripada 150 kepada 200 ringgit sebulan, untuk memanfaat 150 ribu murid istimewa termasuk anak autistik.
- Insentif Pengajaran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas ditingkatkan daripada 250 ringgit kepada 300 ringgit sebulan, untuk memanfaat 20 ribu guru pendidikan khas.
- Dua buah Pusat Permata Kurnia akan dibina iaitu di Melaka dan Pahang sebagai pusat khusus untuk anak-anak autistik diberi pendidikan, sokongan dan latihan.
- Lebih 130 kelas Tabika Tunas Istimewa baharu dibuka di kawasan desa seluruh negara bagi membolehkan anak autistik keluarga susah mendapat bimbingan awal lebih berkesan.
- 15 premis Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dinaik taraf kepada Pusat Terapi Khusus untuk memanfaatkan 20 ribu OKU Sindrom Down berdaftar.
- 3,000 penjaga OKU baharu dibekalkan kemahiran khusus bagi memenuhi keperluan perkhidmatan penjagaan OKU di seluruh negara.
#11 Keterjaminan Agrikomoditi

Bagi sektor agrokomoditi kerajaan juga sudah menjalankan beberapa projek termasuk naik taraf seperti:
Pada masa ini, kerja-kerja menaik taraf sistem pengairan di 15 blok sawah sedang 53 berjalan mengikut jadual. Dalam pada itu, Projek Pemulihan Empangan Pedu yang dijangka siap pada penghujung 2027.
Pecahan mengikut kumpulan sasaran pula adalah seperti berikut:
Para Pesawah
- Kerajaan sediakan bantuan untuk pesawah sebanyak RM2.62 bilion.
- Kadar Insentif Penuaian Padi ditingkatkan dari RM50 kepada RM100 sehektar semusim.
- Kadar Insentif pembajakan yang telah ditingkatkan kepada RM300 akan dikekalkan dan diperluas kepada pesawah Sabah dan Sarawak.
- RM20 juta disediakan untuk bekalkan baja foliar di lebih 10 ribu hektar tanah sawah
Para Nelayan
- Kerajaan setuju tingkatkan jumlah pemegang Lesen Sampan Khas daripadda 17,000 kepada 20,000 nelayan dengan peruntukan sebanyak RM30 juta
- Untuk tingkatkan pendapatan nelayan, geran turut disediakan untuk Pelaksanaan Projek Akuakultur.
- Para nelayan yang layak akan terus menikmati diesel bersubsidi pada harga RM1.65 seliter. Selain itu RM178 juta turut disediakan antaranya untuk penyaluran insentif hasil tangkapan dan Elaun Sara Hidup sehingga RM300 sebulan.
Penanaman semula sawit
- Pembiayaan hibrid berjumlah RM100 juta disediakan untuk membantu penanaman semula sawit milik 4,500 pekebun kecil.
- Kaedah hibrid digunakan, bermakna pekebun kecil hanya perlu membayar balik separuh pembiayaan.
Selain itu, pembiyaan mudah RM200 juta turut diperkenalkan bagi membiayai kos tanam semula dengan keluasan hingga 40 hektar. Bayaran balik ditangguh empat tahun sementara menunggu pokok berbuah.
Pekebun hanya menanggung faedah 2%, dan baki faedah ditanggung Kerajaan.
Baca Artikel Berkaitan: Belanjawan 2027: Ini Senarai Inisiatif Yang Bakal Dinikmati Pelajar, Anak Muda & Belia
Baca Artikel Berkaitan: Belanjawan 2027: Peruntukan SARA Meningkat Jadi 16 Bilion, Penerima Bukan STR Termasuk M40 Turut Dapat Manfaat
Baca Artikel Berkaitan: Belanjawan 2027: Kempen Melawat Malaysia Dilanjutkan Hingga 2027, Kerajaan Peruntuk RM935 juta Bagi Pelancongan & Budaya






