Belanjawan 2027: Kerajaan disaran naikkan pelepasan cukai yuran pusat jagaan kanak-kanak kepada RM6,000

LocalPersonal Finance
1 Oct 2026 • 10:59 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Belanjawan 2027: Kerajaan disaran naikkan pelepasan cukai yuran pusat jagaan kanak-kanak kepada RM6,000 Image from: Belanjawan 2027: Kerajaan disaran naikkan pelepasan cukai yuran pusat jagaan kanak-kanak kepada RM6,000 liza01/10/2026 - 10:59 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 1 Okt – Persatuan Pusat Jagaan Kanak-kanak Malaysia (PPJKKM) mencadangkan kerajaan menaikkan had pelepasan cukai pendapatan individu bagi yuran pusat jagaan kanak-kanak berdaftar daripada RM3,000 kepada RM6,000 setahun menerusi Belanjawan 2027.

 

Pengasas dan Pengerusi PPJKKM, Ng Chun Piew berkata cadangan itu bertujuan membantu mengurangkan beban kewangan ibu bapa yang memerlukan perkhidmatan penjagaan anak.

 

Beliau turut mencadangkan had umur anak yang layak untuk pelepasan cukai berkenaan dinaikkan daripada 12 tahun kepada 18 tahun.

 

“Langkah ini wajar dipertimbangkan berikutan peningkatan kos sara hidup yang menyebabkan ramai keluarga berpendapatan sederhana (M40) masih memerlukan perkhidmatan penjagaan selepas waktu sekolah walaupun anak sudah memasuki sekolah menengah.

 

“Inisiatif memperluaskan pelepasan cukai berkaitan akan membantu mengurangkan lagi beban kewangan keluarga yang benar-benar memerlukan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak, selain menggalakkan ibu bapa memilih pusat jagaan yang berdaftar dan dikawal selia,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Sokongan kepada keluarga M40

Ng berkata, keperluan terhadap perkhidmatan penjagaan selepas sekolah tidak semestinya berakhir apabila anak mencapai usia 12 tahun, khususnya bagi keluarga yang mempunyai anak di peringkat sekolah menengah.

 

Sehubungan itu, beliau berpandangan dasar pelepasan cukai sedia ada perlu dikaji semula supaya sokongan yang diberikan kerajaan mengambil kira keperluan keluarga yang masih menanggung kos penjagaan anak.

 

t
Ng Chun Piew

 

Beliau berkata, cadangan menaikkan had pelepasan kepada RM6,000 setahun juga dapat memberikan ruang lebih besar kepada ibu bapa untuk menampung kos pusat jagaan berdaftar.

 

Pada masa sama, langkah itu dilihat dapat menggalakkan lebih ramai ibu bapa menggunakan pusat jagaan yang berdaftar serta mematuhi keperluan kawal selia.

 

Ng berkata, peningkatan pelepasan cukai bukan sahaja dapat membantu keluarga, malah berpotensi menyokong usaha memperkemas struktur industri penjagaan dan jagaan kanak-kanak.

 

Industri lebih formal dan profesional

Menurutnya, insentif berkenaan boleh membantu meningkatkan tahap profesionalisme dan penyeragaman dalam industri penjagaan kanak-kanak.

 

“Galakan kepada ibu bapa untuk memilih pusat jagaan berdaftar secara tidak langsung dapat menyokong perkembangan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak yang lebih tersusun dan formal.

 

“Kami berharap kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan berkenaan ketika merangka Belanjawan 2027 supaya lebih banyak keluarga yang mempunyai keperluan penjagaan kanak-kanak menerima sokongan yang bersesuaian,” katanya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved