Belanjawan 2027: KPN mohon RM550.7 juta! Bawa enam inisiatif pembinaan negara bangsa – Aaron Ago

LocalPolitics
23 Sep 2026 • 9:48 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kementerian Perpaduan Negara (KPN) mengemukakan permohonan peruntukan RM550.7 juta bagi melaksanakan enam inisiatif utama yang memberi tumpuan kepada agenda pembinaan negara bangsa menerusi Belanjawan 2027.

Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, beliau mengadakan pertemuan bersama Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan bagi membincangkan keutamaan kementerian berkenaan menjelang Belanjawan 2027.

Enam inisiatif berkenaan ialah Perpaduan dan Identiti Nasional, Keharmonian Komuniti, Ini Warisan Kita, Pendigitalan Khazanah Negara, Naik Taraf Premis Perpaduan serta Geran Padanan.

Image from: Belanjawan 2027: KPN mohon RM550.7 juta! Bawa enam inisiatif pembinaan negara bangsa – Aaron Ago

Menurut Aaron, Perpaduan dan Identiti Nasional memberi tumpuan kepada usaha memupuk perkongsian identiti bersama, selain memperkukuh semangat patriotisme dan rasa kebersamaan sebagai rakyat Malaysia.

Bagi Keharmonian Komuniti pula, usaha ditumpukan kepada pengukuhan keharmonian, persefahaman dan hubungan antara kaum serta agama dalam masyarakat.

Inisiatif Ini Warisan Kita memberi fokus kepada usaha memelihara, mengetengahkan dan mempromosikan kepelbagaian warisan budaya sebagai khazanah serta identiti negara.

Sementara itu, Pendigitalan Khazanah Negara membabitkan usaha memperkasa pendigitalan koleksi dan khazanah negara merentasi Jabatan Muzium Malaysia, Arkib Negara Malaysia dan Perpustakaan Negara Malaysia.

KPN turut mencadangkan Naik Taraf Premis Perpaduan bagi membaik pulih dan menaik taraf premis serta kemudahan komuniti bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat.

Selain itu, Geran Padanan sebanyak RM5 juta masing-masing dicadangkan bagi sektor perpustakaan, arkib dan muzium untuk memperluas kerjasama serta memperkukuh ekosistem khazanah negara.

Image from: Belanjawan 2027: KPN mohon RM550.7 juta! Bawa enam inisiatif pembinaan negara bangsa – Aaron Ago

Aaron berkata, kementeriannya komited memastikan setiap inisiatif yang dirancang memberi impak langsung kepada rakyat.

“KPN komited memastikan setiap inisiatif yang dirancang memberi impak langsung kepada rakyat, memperkukuh keharmonian masyarakat serta membina sebuah negara bangsa yang bersatu, beridentiti dan menghargai khazanah bersama,” katanya.

Sumber: FB Aaron Ago Dagang

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved