Belanjawan 2027: Lesen sampan khas ditambah kepada 20,000 nelayan, RM30 juta diperuntuk

LocalBusiness & Finance
9 Oct 2026 • 4:52 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Belanjawan 2027: Lesen sampan khas ditambah kepada 20,000 nelayan, RM30 juta diperuntuk
Kerajaan bersetuju meningkatkan jumlah pemegang lesen sampan khas daripada 17,000 kepada 20,000 nelayan dengan peruntukan RM30 juta. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kerajaan bersetuju meningkatkan jumlah pemegang lesen sampan khas daripada 17,000 kepada 20,000 nelayan dengan peruntukan sebanyak RM30 juta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, geran turut disediakan untuk pelaksanaan projek akuakultur bagi meningkatkan pendapatan nelayan termasuk membekalkan sistem bioflok bagi ternakan tilapia.

Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, pihak Agrobank turut menyediakan RM40 juta untuk pembiayaan projek akuakultur tersebut.

"Para nelayan yang layak terus menikmati harga diesel bersubsidi pada RM1.65 seliter.

"Sejumlah RM178 juta turut disediakan antaranya untuk penyaluran insentif hasil tangkapan dan Elaun Sara Hidup sehingga RM300 ringgit sebulan," katanya ketika pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat di sini pada Jumaat.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved