
KUALA LUMPUR: Seramai 53,000 pemandu teksi termasuk kereta sewa dan pemandu bas sekolah di seluruh negara bakal menerima bantuan khas kewangan secara sekali bayar sebanyak RM1,000.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan itu dipersetujui susulan hasil penjualan nombor plat khas H baru-baru ini.
“Kerajaan bersetuju memberikan bantuan khas kewangan one-off RM1,000 kepada 38,000 pemandu teksi termasuk kereta sewa dan 15,000 pemandu bas sekolah di seluruh negara.
“Bantuan ini akan disalurkan pada minggu hadapan,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata, hasil pembaharuan tatakelola kerajaan turut dipulangkan kepada rakyat menerusi pelbagai inisiatif, termasuk bantuan tiket penerbangan RM500 kepada mahasiswa, ujian lesen B2 percuma untuk anak muda miskin dan pengagihan topi keledar percuma. – UTUSAN
The post 53,000 pemandu teksi, bas sekolah terima RM1,000 appeared first on Utusan Malaysia.





