
Di pembentangan Belanjawan 2027 hari ini, Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelepasan cukai individu untuk langganan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) dan vaksinasi haiwan peliharaan serta pengambilan haiwan angkat daripada pusat berdaftar.

Dengan pengumuman ini, ia dilihat sebagai langkah kerajaan untuk meningkatkan penggunaan alat AI dalam kalangan rakyat Malaysia. Dalam satu laporan terkini, tahap penggunaan alat AI di Malaysia dilihat masih lagi rendah berbanding beberapa negara serantau.
Ini selari dengan sasaran Malaysia ingin menjadi kuasa besar AI serantau seperti yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2026. Pada waktu had nilai pelepasan cukai yang belum lagi diumumkan.
Liputan Belanjawan 2027 di Amanz disokong oleh Luno Malaysia. Jual dan beli kriptowang dengan selamat melalui Luno.





