Belanjawan 2027: RM5.34 bilion perkukuh aset pertahanan

LocalPolitics
10 Oct 2026 • 10:41 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Belanjawan 2027: RM5.34 bilion perkukuh aset pertahanan

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM5.34 bilion daripada keseluruhan peruntukan RM22.11 bilion kepada Kementerian Pertahanan (Mindef) menerusi Belanjawan 2027 akan digunakan bagi memperkukuh aset pertahanan negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, peruntukan keseluruhan bagi kementerian itu meningkat RM361.95 juta atau 1.66 peratus berbanding sebelum ini.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM14.523 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus, manakala RM7.585 bilion lagi untuk perbelanjaan pembangunan.

“Selain itu, sebanyak RM957.30 juta disediakan bagi perumahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), manakala RM304 juta diperuntukkan untuk pengurusan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV),” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, Belanjawan 2027 turut menyaksikan peningkatan pencen minimum daripada RM1,000 kepada RM1,350 sebulan, yang bakal memanfaatkan hampir 59,000 pesara ATM dan penerima pencen terbitan.

Tambahnya, pertahanan negara merupakan amanah besar yang perlu terus dipelihara demi keselamatan rakyat, kedaulatan negara dan masa depan Malaysia. – KOSMO! ONLINE

The post Belanjawan 2027: RM5.34 bilion perkukuh aset pertahanan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved