
PETALING JAYA – Kelayakan bulanan kuota subsidi bahan api menerusi program Budi Madani terbukti mencukupi untuk keperluan rakyat Malaysia apabila rekod penggunaan menunjukkan hanya sebilangan kecil pengguna memanfaatkannya secara penuh.Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.Anwar berkata, berdasarkan rekod September lalu, hanya sekitar 100,000 pengguna atau kurang satu peratus yang mengguna pakai sepenuhnya kelayakan Budi95 sebanyak 300 liter sebulan selepas had berkenaan dinaikkan kerajaan bulan sebelum itu.“Bagi kategori bUDIDiesel membabitkan kenderaan jip dan pikap pula, hanya 15,000 pengguna mencatatkan penggunaan penuh bagi kuota 400 liter sebulan yang diperuntukkan.“Trend berkenaan membuktikan kadar kelayakan bulanan yang ditetapkan adalah wajar serta memadai untuk menampung keperluan harian majoriti pengguna di negara ini,” katanya.Dalam pada itu, katanya, kerajaan dijangka memperuntukkan jumlah keseluruhan melebihi RM80 bilion bagi tujuan subsidi, bantuan dan insentif untuk tahun hadapan.Daripada jumlah tersebut, perbelanjaan subsidi bahan api kekal menjadi komponen terbesar dengan anggaran melebihi RM40 bilion, manakala saluran bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula membabitkan peruntukan hampir RM3.3 bilion. – KOSMO! ONLINE
The post Belanjawan 2027: Subsidi bahan api, bantuan cecah RM80 bilion appeared first on Kosmo Online.





