Belanjawan Madani Kelima tekad perkukuh ekonomi, pertumbuhan dirasai rakyat - Anwar

LocalPolitics
7 Oct 2026 • 6:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Belanjawan Madani Kelima tekad perkukuh ekonomi, pertumbuhan dirasai rakyat - Anwar
Anwar. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Belanjawan Madani Kelima berpaksikan tekad yang jelas bahawa ekonomi negara mesti terus diperkukuh dan pertumbuhan perlu diterjemahkan kepada kehidupan rakyat yang lebih baik.

Anwar berkata, beliau sedar bahawa pertumbuhan ekonomi sahaja belum cukup memadai jika masih ada rakyat yang berdepan tekanan kos sara hidup.

"Justeru, Belanjawan 2027 akan terus memberi tumpuan kepada usaha meringankan beban, melindungi rakyat, membuka peluang dan memastikan manfaat pembangunan dirasai dengan lebih adil.

"Segala perincian akan saya bentangkan Jumaat ini, Insya-Allah. Semoga segala ikhtiar ini dipermudah dan diberkati ALLAH SWT,” kata beliau menerusi hantaran di laman X, hari ini.

Tengah hari tadi, Anwar, yang juga Menteri Kewangan turut memberikan taklimat berkaitan Belanjawan Madani 2027 kepada media bagi menjelaskan hala tuju serta ikhtiar Kerajaan Madani untuk rakyat.

Perdana Menteri akan membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, Jumaat ini, pada 3.30 petang. - Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved