SHAH ALAM, 11 NOV: Belanjawan Selangor 2025 diharap memberi lebih tumpuan kepada pembangunan Orang Asli terutama aspek pendidikan.
EXCO hal ehwal Orang Asli yakin akses pendidikan yang baik mampu mengubah taraf hidup dan menjamin masa depan golongan berkenaan.

“Saya minta soal pendidikan Orang Asli terutamanya perlu diberi perhatian kerana ia bakal menjamin kelangsungan hidup mereka.
“Dalam beberapa pertemuan dengan Dato’ Menteri Besar, saya sering menekankan perkara itu dan diharap ia dapat dizahirkan dalam Belanjawan Selangor 2025,” kata V Papparaidu ketika dihubungi.
Selain itu, katanya peluang pekerjaan bergaji tinggi diharap turut menjadi tumpuan dalam belanjawan negeri untuk terus menyuntik kepesatan ekonomi.
Dato’ Seri Amirudin Shari dijadual membentang Belanjawan Selangor 2025 pada 15 November ini, jam 3 petang di Bangunan Annex, Dewan Negeri Selangor (DNS).
Laporan belanjawan boleh diikuti melalui portal selangorkini.my, Selangor Journal, Selangorkini Mandarin dan Selangorkini Tamil.
Orang ramai juga boleh menonton siaran langsung menerusi https://selangortv.my/ dan Facebook MediaSelangor.
Pembentangan juga disiarkan melalui media sosial Media Selangor seperti Instagram, X, Telegram, TikTok selain di MYTV MANA-MANA.
The post Belanjawan Selangor 2025: Harap tumpuan lebih kepada pendidikan Orang Asli appeared first on Selangorkini.
