Belasah rakan sekolah, 4 pelajar ditahan di Sarawak

21 Jun 2023 • 8:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PETALING JAYA: Polis menahan empat pelajar lelaki sebuah sekolah menengah kerana disyaki memukul seorang rakan mereka.

Ketua Polis Kota Samarahan, Brodie Brangka, berkata pelajar terbabit ditahan untuk siasatan selepas mangsa membuat laporan kira-kira 5 petang, Isnin lalu.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di belakang blok kedai Taman Desa Permai, Kota Samarahan. Mangsa seorang pelajar Tingkatan 1 dipukul empat pelajar lelaki dari sekolah sama.

“Semua suspek dibawa ke IPD Kota Samarahan untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Brodie berkata, pihak pengurusan sekolah berkenaan juga dimaklumkan mengenai kejadian itu.

“Orang ramai dinasihatkan tidak menyebarkan rakaman video tersebut dan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian supaya tidak mengganggu siasatan dijalankan,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video berdurasi 47 saat yang menunjukkan mangsa dipukul semua suspek.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.