Tular Pelajar Sekolah Bertumbuk Di Kota Samarahan, Polis Kini Mula Siasatan

21 Jun 2023 • 4:51 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sebuah video tular di media sosial baru-baru ini menunjukkan sekumpulan pelajar menyerang seorang pelajar

Tular Pelajar Sekolah Bertumbuk Di Kota Samarahan, Polis Kini Mula Siasatan. Baru-baru ini, tular sebuah video menunjukkan sekumpulan pelajar bertumbuk di kawasan perumahan dan lot kedai di Kota Samarahan.

Dalam video berkenaan yang sudah dipadamkan, seorang pelajar dilihat diserang kumpulan pelajar yang berpakaian baju sukan. Kini, ia dilaporkan polis telah memulakan siasatan berhubung serangan tersebut.

image is not available
Tular Pelajar Sekolah Bertumbuk Di Kota Samarahan, Polis Kini Mula Siasatan

Melibatkan seorang pelajar Tingkatan 1 dan empat rakan sekolahnya

Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Brodie Brangka mengatakan bahawa mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut di ibu pejabat polis daerah Kota Samarahan pada 19 Jun lalu.

Keempat-empat suspek telah dikenal pasti dan dipanggil ke ibu pejabat polis daerah untuk disoal siasat.

image is not available
Tangkapan layar video tersebut, yang kini sudah dipadamkan.

Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan secara sukarela.

Kejadian itu telah dirakam dan dikongsi di media sosial tetapi sejak itu telah dipadamkan. Namun begitu, polis menggesa orang ramai untuk tidak berkongsi lagi video kejadian dan mengelak membuat spekulasi bagi tidak mengganggu siasatan polis.

Serangan itu didakwa berlaku di sebuah lot kedai komersial di Taman Desa Permai baru-baru ini.

Seorang pelajar dilihat ditumbuk oleh empat rakan sekolahnya: