Belgium Akan Musnahkan Hampir 6 Juta Vaksin COVID-19 Yang Luput

WorldHealth & Fitness
20 Jun 2023 • 7:26 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Belgium tidak boleh menggunakan lagi lebihan vaksin asli dan 2.6 juta dos Moderna dan 3.3 juta dos Pfizer akan dimusnahkan secepat mungkin - Gambar Hiasan

BRUSSELS - Kerajaan Belgium pada Isnin mengumumkan negara itu akan memusnahkan hampir enam juta dos vaksin COVID-19 yang sudah luput, lapor media tempatan.

“Beberapa kajian menunjukkan vaksin yang disesuaikan dengan subvarian BA.4/5 jauh lebih berkesan berbanding vaksin asal menentang COVID-19,” kata Menteri Kesihatan Frank Vandenbroucke kepada jawatankuasa kesihatan parlimen persekutuan, lapor Agensi Anadolu memetik harian Het Laatste Nieuws.

Vandenbroucke berkata Belgium tidak boleh menggunakan lagi lebihan vaksin asli dan  2.6 juta dos Moderna dan 3.3 juta dos Pfizer akan dimusnahkan secepat mungkin.

Keputusan itu hanya berkaitan dengan vaksin jenis baharu yang telah dibangunkan, katanya. - Bernama - Agensi Anadolu