Beli Barang Dapur RM5K, ‘Influencer’ Mengamuk Sebab Staf Pasaraya Tak Tolong Angkat Barang?

Entertainment
2 Feb 2023 • 4:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tidak dapat dinafikan influencer atau pempengaruh masa kini dianggap seperti selebriti dan kemungkinan disebabkan itu ramai di antara mereka ingin dilayan dengan istimewa.

Baru-baru ini, seorang influencer TikTok yang juga peniaga manisan crepe menjadi sasaran netizen kerana mengeluarkan sebuah kenyataan yang kedengaran agak sombong.

Influencer berkenaan meluahkan rasa hampa melalui sesi live yang sempat direkod oleh netizen dan memarahi staf sebuah pasaraya tempatan apabila dia dikatakan telah membelanjakan ribuan ringgit untuk barangan jualannya tetapi tiada seorang pun staf pasaraya berkenaan yang membantunya.

“Saya sebagai pemilik perniagaan kecil masih menawarkan untuk membantu pelanggan saya membawa barangan mereka ke kereta mereka.

Tetapi saya pergi ke Lotus dan membelanjakan sekitar RM2k-3k dan juga RM5k dan saya terpaksa pergi meletakkan barangan itu semua sendiri,” luahnya.

“Bukan kerja diorang lah”

Perkara itu menimbulkan kemarahan ramai netizen, malah ada juga yang merasakan influencer berkenaan tidak perlu berbuat demikian.

Ada juga yang berkata sepatutnya dia menggunakan perkhidmatan online agar barangan itu terus dihantar ke rumahnya.

image is not available

Setakat artikel ini ditulis, influencer berkenaan masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan dari pihaknya.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article