Beli Barang Guna MyKad? Ini Senarai Barangan MyKasih Yang Boleh Dibeli Penerima SARA

LocalPersonal Finance
11 Apr 2025 • 10:32 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tahukah anda, penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kini boleh membeli barangan keperluan harian di kedai-kedai terpilih hanya dengan menggunakan MyKad melalui program bantuan MyKasih?

Untuk makluman, bantuan SARA mula dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima bermula April 2025, membolehkan pembelian barangan runcit tanpa tunai dilakukan di pasar raya dan kedai yang mengambil bahagian.

image is not available

Senarai Barangan MyKasih Yang Boleh Dibeli

Terdapat 13 kategori barangan yang boleh dibeli menggunakan bantuan SARA melalui sistem MyKasih. Berikut ialah senarai lengkap kategori yang dibenarkan:

  1. Telur

  2. Tepung

  3. Biskut

  4. Mi segera

  5. Minuman

  6. Makanan dalam tin

  7. Bahan perasa (contoh: garam, gula, kicap)

  8. Produk kebersihan (contoh: sabun, syampu, ubat gigi)

  9. Ubat-ubatan asas

  10. Barangan persekolahan

Jenama Apa Yang Boleh Dibeli?

Persoalan biasa yang timbul ialah: “Kalau dah termasuk dalam kategori, semua jenama boleh ke?” Jawapannya, tidak semestinya. Hanya barangan dan jenama yang diluluskan dalam sistem MyKasih sahaja yang boleh dibeli.

image is not available

Cara Semak Barangan Layak

Kalau anda dah berada di kedai dan tak pasti sama ada sesuatu barangan itu layak atau tidak, jangan risau. Anda hanya perlu:

1. Muat turun aplikasi MyKasih di telefon pintar
2. Log masuk menggunakan maklumat yang diperlukan
3. Semak senarai barangan yang diluluskan, baki bantuan, serta lokasi kedai yang menerima MyKasih

Dengan cara ini, anda boleh merancang pembelian dengan lebih bijak dan elak sebarang kekeliruan semasa membuat bayaran menggunakan MyKad.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

Kenapa Kita Selalu Rasa Nak 'Membuang' Bila Masuk Kedai Eco Dan Daiso? Ini Penjelasan Pakar...