‘Beli beras ikut keperluan, jangan makan terlalu banyak, nanti gemuk’ adalah fitnah: pejabat Mat Sabu

Politics
30 Sep 2023 • 10:26 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR –  Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan hari ini menafikan satu laporan yang ditularkan di media sosial yang memetik Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkaitan pembelian beras serta kegemukan.

Ia memaklumkan poster yang sedang diviralkan ini adalah fitnah dan tidak betul. 

“Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah dilaporkan berhubung perkara ini untuk tindakan selanjutnya. 

“Orang ramai adalah dinasihatkan supaya menyemak dahulu kesahihan semua kandungan yang diviralkan supaya tidak mudah terpedaya dengan fitnah yang sengaja direka,”’katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Menerusi poster berita yang ditularkan itu, ia kononnya memetik kenyataan menteri terbabit seolah-olah menasihatkan rakyat supaya membeli beras ikut keperluan, jangan makan terlalu banyak dan boleh menggemukkan badan. - 30 September, 2023.