Beli Emas 180g Di Mekah, Kastam Indonesia Ingin Siasat Wanita Pamer Barangan Kemas Lepas Balik Haji

Entertainment
10 Jul 2023 • 5:49 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pihak kastam dan eksais Indonesia bercadang menyiasat seorang jemaah haji dari Makassar, Sulawesi Selatan yang disyaki mempamerkan barangan kemas sebanyak 180g selepas pulang dari Arab Saudi.

Ketua Kastam dan Eksais Makassar Zaeni Rahman berkata, untuk sejumlah barang yang dibeli dari luar negara boleh dikenakan cukai.

Menurut laporan CNN Indonesia, pengenaan cukai ini tidak terpakai sekiranya barang kemas emas telah dibawa oleh jemaah haji sebelum berangkat ke tanah suci.

image is not available

Secara lebih terperinci, beliau menjelaskan, jemaah haji boleh membeli dan membawa bagasi dari luar negara dengan had nilai USD$500 (RM 2335) dan jika melebihi jumlah itu, kerajaan akan mengenakan cukai import.

Sebelum ini, tular di TikTok seorang jemaah haji dari Makassar bernama Suarnati Dg Kanang memakai barang kemas emas dengan jumlah keseluruhan 180g selepas pulang dari Tanah Suci.

Videonya itu memaparkan dia memakai barangan emas yang sarat seketika tiba di Asrama Haji Sudiang, Makassar pada hari Rabu lepas.

Suarnati berkata, dia membeli beberapa utas rantai dan gelang emas di Makkah dan difahamkan emas itu dibeli dengan harga sekitar IDR1.2 juta (RM 368) per gram.

Fuh, banyak tu!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.