Beli iPhone 15 Dari Pelan Pascabayar Maxis Dan Menangi Penginapan Serta Makan Malam Di Restoran Berbintang Michelin

TechnologyDigital
2 Nov 2023 • 6:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apabila iPhone 15 dilancarkan pada bulan lalu, pasti ramai telah menantikan telefon pintar terkini dari Apple dan jika anda sedang mencari pelan yang bersesuaian dengannya, Maxis sedang mengadakan program ganjaran Exclusive Experience yang turut menawarkan pengalaman berharga apabila anda membeli iPhone 15 dari pelan pascabayar yang mereka tawarkan.

image is not available

Terdapat dua jenis pelan pascabayar iPhone 15 yang melayakkan pengguna untuk cabutan bertuah ini. Pengguna boleh membeli iPhone secara kontrak untuk pelan pascabayar Maxis 139 / 169 / 199 atau menerusi pelan Maxis Zerolution dengan pelan pascabayar Maxis 109 / 139 / 169 / 199. Pemenang bertuah akan dihubungi terus oleh Maxis.

Bermula 5 minggu dari 30 Oktober sehingga 30 November ini, 8 pemenang akan diplih setiap minggu yang akan memberikan mereka penginapan 2 hari 1 malam di Hotel Stripes Kuala Lumpur, dan makan malam di Dewakan, iaitu restoran yang mempunyai penarafan bintang Michelin.

image is not available

Selain dari ganjaran eksklusif penginapan dan makan malam, pengguna Maxis yang melakukan tukar-beli untuk pembelian iPhone 15 juga boleh memenangi hadiah-hadiah seperti MacBook Air M1, Pengering Rambut Dyson, Apple Watch Series 7, atau kredit RM 50 Touch ’n Go. Peraduan ini berlangsung dari 29 September hingga 31 Disember 2023, tertakluk kepada terma dan syarat.