Sibuk Dengan Urusan Pindah Rumah, Syada Amzah Tawar Kucing Untuk Dibela

Entertainment
24 Oct 2023 • 6:36 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Beberapa minggu yang lalu, hangat diperkatakan di media sosial konflik di antara penyanyi Shila Amzah dan dua orang adiknya, Shafiq serta Syada.

Segalanya bermula apabila Syada memuat naik satu hantaran di IG Story memberikan gambaran akan dihalau keluar dari kediaman yang sedang diduduki.

Malah, kemelut di antara ketiga-tiga beradik ini menjadi hangat apabila mereka dilihat saling berbalas kenyataan di media sosial sehingga ibu mereka sendiri turut melakukan perkara yang sama.

Sibuk Urusan Pindah Rumah Baharu, Buka Tawaran Buat Individu Yang Membela Kucing

Syada yang merupakan adik bongsu Shila menerusi satu hantaran terbaharu di Insta Story mendedahkan dia kini sedang sibuk dengan urusan pindah rumah.

Ekoran daripada ini, penyanyi lagu Hasrat itu mahu menyerahkan haiwan kesayangan miliknya kepada individu yang berminat.

“Adopsi kucing dibuka sehingga hujung November depan kerana kami masih sibuk dengan urusan pindah sejak beberapa minggu lalu.

“Sesiapa yang serius nak jaga, boleh DM kita,” tulisnya menerusi hantaran tersebut.

Malah, menerusi hantaran yang sama, Syada menafikan dakwaan yang mengatakan dia mempunyai 50 ekor kucing seperti yang dilaporkan oleh media.

image is not available
Foto: Tangkap Layar Insta Story Syada Amzah

Si Bulus Bukan Untuk Dijual

Dalam pada itu, Syada yang juga merupakan bekas peserta Big Stage turut menyatakan bahawa kucing peliharaannya itu bukan untuk dijual.

Namun, dia hanya akan mengenakan kadar bayaran sebanyak RM30 bagi sangkar pembawa kucing (carrier) yang boleh digunakan oleh tuan baharu haiwan tersebut.

“Kita tak jual, sebab makhluk bernyawa. Tapi kita akan charge untuk carrier dia RM30 kita belikan baru untuk korang bawa balik nanti,” tulis Syada lagi.

image is not available
Foto: Tangkap Layar Insta Story Syada Amzah

Terdahulu, Shila Amzah dilaporkan mahu menjual rumah banglo yang diduduki oleh ibunya, Fauziah Sarman serta tiga beradik yang lain dan akan menggantikannya dengan kediaman yang lain.

Malah, Shila pernah meluahkan rasa terkejut dengan dakwaan yang mengatakan rumah banglo yang didiami oleh keluarganya itu mempunyai 50 ekor kucing peliharaan.

Source: