Tengku Permaisuri Selangor berkenan hadir pertunjukan fesyen TFEKL23

10 Sep 2023 • 8:34 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 10 SEPT: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor berkenan hadir ke pertunjukan fesyen Tower Fashion Eleganza 2023 (TFEKL23) di Menara Kuala Lumpur, semalam.

Menurut kenyataan Selangor Royal Office di Facebook, keberangkatan Tengku Permaisuri Norashikin disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Menara KL, Nazli Saad dan Pengarah TFEKL, Bon Zainal Harun.

“TFEKL23 dianjurkan bersempena sambutan Hari Bangunan Pencakar Langit Sedunia, bertempat di Sky Deck dengan ketinggian lebih kurang 300 meter dari aras bumi.

image is not available
Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat ke pertunjukan fesyen Tower Fashion Eleganza 2023 (TFEKL23) di Menara Kuala Lumpur pada 9 September 2023. Foto Facebook Selangor Royal Office

“15 pereka fesyen terbaik Malaysia, antaranya Dato’ Radzuwan Radziwill, Carven Ong, Fizi Woo, Rasta Rashid, Kalima dan Leslie Variyan menampilkan rekaan masing-masing yang digayakan lebih 75 orang model,” menurut kenyataan itu.

Pertunjukan fesyen itu juga dicatatkan di dalam Malaysia Book of Records sebagai acara pertunjukan fesyen tertinggi di Malaysia.