Beli RM399 dan jual RM350, baik awak simpan semula baju itu – Fizza Saad

24 Jul 2026 • 6:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Beli RM399 dan jual RM350, baik awak simpan semula baju itu – Fizza Saad

PETALING JAYA: Pengacara, Fizza Saad mempertikaikan sikap segelintir individu yang meletakkan harga tidak masuk akal untuk jualan barangan terpakai ‘preloved’.

Fizza atau Siti Nor Hafizah Saad, berkata, jualan terpakai sepatutnya ditawarkan pada harga murah atau ‘harga buang’, bukannya dijadikan ruang untuk mengaut keuntungan.

“Adik, kalau awak beli baju harga RM399 dan sudah pakai tiga ke lima kali, takkanlah awak mahu jual semula RM350. Baik awak simpan sahaja baju itu.

“Bila awak tak sanggup mahu jual barang-barang awak dengan harga campak atau harga buang, bermakna awak masih lagi terikat dengan barang itu. Takkanlah buat preloved sebab mahu untung pula,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.

Sebagai personaliti televisyen yang sentiasa tampil bergaya, perkongsian Fizza itu mendapat sokongan ramai yang bersetuju dengan teguran berkenaan.

Untuk rekod, Fizza memulakan langkah dalam industri menerusi rancangan realiti Projek Metro oleh Media Prima Berhad dan pernah berkhidmat sebagai penyampai radio iM4U fm.

The post Beli RM399 dan jual RM350, baik awak simpan semula baju itu – Fizza Saad appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved