Beli rumah pertama, Mekyun pesan wanita jangan tunggu suami sediakan tempat tinggal

12 Aug 2025 • 3:44 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penat lelah bekerja akhirnya berbaloi apabila pempengaruh popular, Mekyun berjaya memiliki rumah pertamanya yang dipercayai terletak di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Mekyun atau nama sebenarnya Wee Yun Nee, 28, meluahkan rasa bangga dan tidak sabar untuk memulakan kehidupan di kediaman baharunya.

image is not available

“Saya capai satu lagi pencapaian. Akhirnya, saya beli rumah pertama.
“Antara sebab saya pilih duduk sini sebab dekat dengan rumah Mok (ibu) dan Pok (bapa).
“Tak sabar nak kongsi perjalanan rumah baharu dengan kalian semua. Saya sangat gembira dan berbangga dengan diri sendiri,” katanya dalam hantaran di TikTok.

image is not available

Mekyun pesan wanita jangan tunggu suami sediakan..

Dalam masa sama, Mekyun turut menitipkan pesanan khusus buat kaum wanita agar tidak bergantung kepada sesiapa, termasuk suami, dalam menyediakan tempat tinggal.

“Ingat tau kepada semua perempuan di luar sana, jangan tunggu suami atau sesiapa pun untuk sediakan rumah buat kita.
“Mulakan menabung dari sekarang. Pastikan kita ada rumah dan aset sendiri supaya masa depan kita, kita yang kawal.
“Perempuan yang percaya dan berusaha untuk diri sendiri, dia boleh capai apa saja yang dia impikan,” katanya.

Tahniah Mekyun!

image is not available image is not available image is not available image is not available

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang bukan sahaja mengucapkan tahniah, malah bersetuju dengan pandangannya tentang kepentingan wanita memiliki aset sendiri.

Sumber: TikTok mekyunnnn