Beli Starlink Demi Anak Murid, Netizen Terharu Lihat Inisiatif Guru Ini

6 Aug 2023 • 8:52 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tular seorang guru yang baik hati beri peranti Starlink kepada anak murid tinggal di pedalaman

Beli Starlink Demi Anak Murid, Netizen Terharu Lihat Inisiatif Guru Ini. Baru-baru ini, tular satu rakaman yang menunjukkan seorang guru melaburkan duitnya sendiri untuk membeli peranti ciptaan syarikat Elon Musk untuk digunakan di pedalaman Sarawak.

Menerusi perkongsian video di laman TikTok itu memaparkan keterujaan mereka mendapat kit permulaan peranti tersebut.

image is not available
Sumber: tiktok

Supaya mempermudahkan kerjanya serta membantu anak muridnya

Menurut sumber, difahamkan usaha murninya itu bagi memudahkan kerja-kerjanya sebagai seorang guru di kawasan pedalaman memandangkan capaian internet agak sukar di situ.

Susulan itu, ramai warganet memberikan reaksi positif, bahkan ramai juga yang ingin mengetahui lanjut tentang penggunaan Starlink.

image is not available
Sumber: tiktok

Menggunakan duitnya sendiri, bukan bantuan kerajaan

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu bahawa pembelian tersebut adalah atas hasil titik peluhnya sendiri dan bukan bantuan kerajaan seperti yang diumumkan sebelum ini.

Bukan itu sahaja, menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji akan prestasi kelajuan kadar muat turun mencapai 151Mbps, menerusi Starlink itu meskipun berada di pendalaman.

@amoimorni

starlink. Happy betul cikgu izzat ni bila starlink dah sampai. Hahahahaha jom tgk hasil dia nanti #starlink #starlinksatellites #starlinkinternet #fyp #rurallife #sarawak #pedalamansarawak

♬ original sound – AmOi Morni – AmOi Morni

“Kami beli sendiri ya, walaupun beli sendiri, tetap kredit kepada pihak yang bawa masuk Starlink ke Malaysia. Dapat memudahkan kami untuk dapat capaian yang baik,” tulisnya di kapsyen video.

Mampu memberi manfaat kepada semua

Sementara itu, kehadiran Starlink dilihat mampu memberi faedah kepada semua orang, terutama sekali di kawasan pedalaman.

@amoimorni

Replying to @Quzueri alhamdulillah. Terima kasih atas usaha pihak2 tertentu untuk bawa masuk starlink ni ke Malaysia. Dapat memudahkan rakyat pedalaman macam kami untuk dapatkan capaian internet lebih baik, insyaAllah.

♬ original sound – AmOi Morni – AmOi Morni

Malah, sesiapa  juga yang berminat  juga boleh menempah peranti Starlink menerusi laman rasmi Starlink dengan harga langganan bulanan RM220.

Baca juga artikel yang berkaitan: