Beli Tiket Untuk Peluang Memenangi Toyota GR Supra Di Super GT Malaysia 2025!

3 Jun 2025 • 11:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Seperti yang kami pernah kongsikan sebelum ini, acara perlumbaan berprestij, Super GT akan kembali ke Malaysia menerusi pusingan ketiga kalendar Autobacs Super GT 2025 yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Petronas Sepang pada 26 hingga 28 Jun 2025.

Namun, apa yang benar-benar mencuri perhatian bukan sekadar deruman enjin yang bakal menggegarkan litar, tetapi kerana seorang peminat bertuah bakal memandu pulang sebuah Toyota GR Supra bernilai RM650,000!

Hadiah Utama: Toyota GR Supra RM650,000 Untuk Pemenang Cabutan Bertuah

image is not availableimage is not available

Hadiah eksklusif ini diumumkan oleh Haro Sports & Entertainment, penganjur rasmi pusingan Malaysia Super GT, dengan kerjasama Mastercard selaku rakan pembayaran dan pengalaman rasmi.

Cabutan bertuah ini terbuka kepada pemegang tiket yang membuat pembelian menggunakan Mastercard bermula 1 hingga 28 Jun 2025.

Tiket yang layak memasuki cabutan bertuah ini ialah Main Grandstand (RM250), GT Suite (RM350), GT Live! Rock Zone (RM500), GT Club Paddock (RM2,000) dan Experience, Ultimate & Dream Packages (bermula RM5,000).

Nama pemenang bertuah akan diumumkan secara langsung di pentas utama selepas perlumbaan semasa konsert GT Live.

Dua Pelumba Tempatan Sertai Kategori GT300

image is not availableimage is not availableimage is not available

Pusingan Malaysia turut menampilkan dua penyertaan wildcard tempatan dalam kategori GT300 iaitu Jazeman Jaafar, bergandingan bersama Kerong Li (Amerika-China) memandu Aston Martin Vantage GT3 EVO serta pelumba, Adrian D’Silva, yang akan berpadu tenaga dengan Earl Bamber, juara Le Mans, dalam kereta kedua.

Perlumbaan Sokongan: GR86 Cup Malaysia Siri Pertama

image is not availableimage is not available

Selain perlumbaan utama, penonton juga bakal menyaksikan acara sampingan menarik seperti Pusingan ke-2 Toyota Gazoo Racing Vios Challenge Musim Ke-8 dan juga siri sulung perlumbaan GR86 di Malaysia, GR86 Cup Malaysia Series.

Kedua-dua acara ini dianjurkan oleh UMW Toyota Motor (UMWT) yang juga penaja utama pusingan Malaysia kali ini. Bridgestone pula hadir sebagai pembekal tayar rasmi untuk GR86 Cup.

Konsert GT Live Meriahkan Malam Penutupan

image is not available

image is not availableimage is not available

Festival ini bukan sekadar tentang perlumbaan. Pengunjung juga akan dihiburkan dengan konsert GT Live selepas perlumbaan yang menampilkan barisan artis popular seperti:

Tenxi, Naykilla & Jemsii (TNJ) dari IndonesiaKLP48, kumpulan J-Pop wanita sensasiArtis tempatan seperti FAREEDpf K-CLIQUE, Sabhi Saddi dan Kaka Azraff

Cenderahati Eksklusif Samurai Blue Menanti

Pusingan Malaysia kali ini turut mendapat sokongan Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA). Pengunjung berpeluang memenangi barangan rasmi pasukan kebangsaan Jepun seperti:

Jersi replikaSkaf tualaBaju tradisional happi coat dan sebagainya.

Tiket Sudah Mula Dijual

image is not available

Tiket bagi Super GT Malaysia 2025 yang bakal berlangsung pada 26 hingga 28 Jun ini kini boleh dibeli di laman web rasmi Super GT Malaysia.