Belia di Sipitang digalak ceburi bidang pertanian jana pendapatan

LocalPolitics
7 Dec 2024 • 4:42 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Ahmad Apong

SIPITANG: Belia di sini digalakkan menceburi bidang pertanian bagi menjana pendapatan kerana ia mendapat permintaan yang tinggi, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob.

Yusof berkata antara tanaman yang wajar diusahakan termasuk sayur-sayuran dan herba kerana ia tidak memerlukan jangka masa yang panjang untuk mendapat hasil. Jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh ia mampu memberi pulangan yang cukup baik.

“Ini juga dapat menggalakkan golongan muda mengamalkan gaya hidup yang lebih produktif sambil mengurangkan kebergantungan terhadap pekerjaan yang memerlukan tempoh panjang untuk memperoleh hasil,” katanya semasa pelancaran Karnival Belia di Kg Bangsal.

"Tanaman seperti cili, kangkung, sawi, atau herba seperti daun limau purut dan daun pandan dapat dituai dalam beberapa minggu dan memberikan pulangan segera,” katanya