Belia sekarang tak kejar naik pangkat, asal kerja tak ganggu kehidupan -Hannah Yeoh

12 Oct 2026 • 3:34 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perubahan corak kehidupan dan jaminan kewangan keluarga antara faktor yang menyebabkan sebahagian golongan belia hari ini lebih mengutamakan keseimbangan kehidupan dan pekerjaan berbanding mengejar kenaikan pangkat.

Situasi generasi dahulu dan kini sudah berbeza

Memetik laporan daripada Malaysia Gazette, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menyatakan, situasi itu berbeza dengan generasi terdahulu yang perlu bekerja keras untuk membina kehidupan, termasuk memiliki kediaman sendiri.

Image from: Belia sekarang tak kejar naik pangkat, asal kerja tak ganggu kehidupan -Hannah Yeoh

Anak muda pilih work-life balance

Menurutnya, sebahagian anak muda kini memasuki alam pekerjaan dengan jaminan aset keluarga seperti rumah dan kereta, sekali gus mempengaruhi pandangan mereka terhadap kerjaya.

“Ramai belia hari ini bercakap mengenai work–life balance. Mereka tidak semestinya mahukan kenaikan pangkat sebaliknya mahu gembira dengan pekerjaan dan mempunyai kehidupan yang seimbang. Mereka sudah ada kereta, pekerjaan dan rumah.
“Mereka mahu bekerja dalam keadaan gembira, mengurangkan masa bekerja dan mempunyai lebih banyak kebebasan,” katanya berucap pada program Townhall: Belia KL Berbicara bersama YB Hannah Yeoh di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Fadlun Mak Ujud.

Dalam pada masa yang sama, hannah turut menjelaskan bahawa perubahan itu dapat dilihat menerusi sikap sebahagian pekerja muda yang mahukan persekitaran kerja lebih fleksibel, termasuk dari segi pemakaian dan peraturan di tempat kerja.

Image from: Belia sekarang tak kejar naik pangkat, asal kerja tak ganggu kehidupan -Hannah Yeoh

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa perubahan landskap pekerjaan perlu difahami dan ditangani secara bersesuaian, khususnya melalui penglibatan pihak majikan.

“Dunia sedang berubah dan kita juga perlu berubah. Namun kita perlu mengadakan libat urus terlebih dahulu terutama dengan majikan kerana perkara ini memberi kesan kepada ekonomi sesebuah bandar,” katanya.

Sumber: Malaysia Gazette (Nizam Zain)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved