Bella Astillah Bersyukur Kes Khalwat Bekas Suami Selesai – “Apa Sahaja Keputusan Mereka, Ia Bukan Lagi Tanggungjawab Saya..”

LocalEntertainment
4 Mar 2025 • 10:51 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon jelita, Bella Astillah hanya mampu meluahkan rasa syukur atas pengakuan bersalah bekas suaminya, Aliff Aziz, dan pelakon Ruhainies dalam kes khalwat yang membabitkan mereka berdua.

Memetik laporan Mstar, Bella, atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabella Awang Astillah, menegaskan bahawa Aliff bukan lagi urusannya, memandangkan mereka kini menjalani kehidupan masing-masing.

image is not available

Alhamdulillah, bagi saya apa sahaja keputusan mereka buat sama ada mengaku bersalah atau sebaliknya, ia bukan lagi tanggungjawab saya.

 

Saya hanya mahu memberi fokus pada diri sendiri dan anak-anak sahaja.

Dalam pada itu, Bella enggan menganggap pengakuan bersalah bekas suaminya dan Ruhainies sebagai bukti bahawa kebenaran berpihak kepadanya.

image is not available

image is not available

image is not available

Menurutnya, lebih baik berdiam diri kerana bimbang setiap kenyataan yang dikeluarkan mungkin disalah tafsir.

Saya tak mahu ulas lebih lanjut, bimbang tersalah cakap. Tapi apa pun saya percaya kalau kita buat baik, insya-Allah yang datang pada kita pun perkara baik.

Pada 27 Februari yang lalu, Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan mengesahkan kes khalwat melibatkan Aliff dan Ruhainies telah selesai.

Kedua-dua mereka sudah menjelaskan denda berjumlah RM3,000 selepas membuat pengakuan bersalah.

image is not available 4 days ago

"Sudah Selesai, Tutup Buku" - Menteri Agama Sahkan Aliff Aziz & Ruhainies Mengaku Bersalah Berkhalwat