Bella Astillah buat kejutan, bawa anak ke Perancis demi sokong Syed Saddiq

LocalEntertainment
9 Sep 2025 • 10:31 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah membuat kejutan untuk kedua-dua anaknya Ayden dan Ara apabila membawa mereka ke Perancis bagi menyaksikan Kejohanan Dunia Ironman 2025 pada 14 September ini.

Buat kejutan untuk anak

image is not available

Menerusi perkongsian di Instagram primavalet, Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, mendakap anak-anaknya sejurus memberikan tiket penerbangan dan pasport setelah melihat buah hatinya menangis kerana menganggap akan ditinggalkan.

Instagram will load in the frontend.

“Kejutan buat Ara dan Ayden, kasih ibu tiada tandingan. Semoga bahagia milik mereka, Amin Ya Rabb,” kongsi primavalet, semalam.

Turut mencuri tumpuan, tindakan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq yang cuba memujuk Ayden dan Ara sebelum kejutan tersebut diberikan telah mengundang rasa gembira dalam kalangan warganet.

image is not available

Dalam perkongsian lain, dilihat Bella dan Syed Saddiq membawa seluruh keluarga mereka untuk terbang bersama ke Perancis memperlihatkan lagi keakraban kedua buah keluarga sekali gus memberi bayangan bahawa pasangan ini mempunyai hubungan yang serius.

image is not available

Meninjau ke ruangan komen warganet terharu melihat pengorbanan Bella yang tidak sanggup berjauhan bersama anak-anak dan mendoakan agar pelakon itu sentiasa dimurahkan rezeki serta dipermudahkan urusan.

Malah wargamaya juga turut memuji keikhlasan Syed Saddiq yang melayan Ayden dan Ara seperti anak kandung sendiri dan mendoakan agar pasangan ini disatukan hingga ke jinjang pelamin.

Murah rezeki Bella

image is not available

Semoga disatukan

image is not available

Nampak keikhlasan YB

image is not available

Untuk rekod, seramai 19 atlet Malaysia bakal berentap di pentas terbesar triatlon dunia apabila layak ke Kejohanan Dunia Ironman di Nice, Perancis, Kona, Hawaii (wanita) serta IRONMAN 70.3 di Marbella, Sepanyol.

Aksi lelaki di Nice pada 14 September bakal menyaksikan lapan peserta negara termasuk Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Datuk Seri Vincent Tiew, Tengku Ahmad Masrin Tengku Mahmud, Ang Chee Kiang, Gavin Loh, Teoh Teng Ee, Christopher Lim dan Muhamad Azmir Taib.

Sumber: Instagram primavalet