LPelakon dan penyanyi, Bella Astillah, kini tampil dengan satu lagi peranan penting dalam hidupnya, bukan di pentas lakonan atau nyanyian, tetapi sebagai suara kepada ibu bapa moden yang mahukan pilihan berasaskan sains untuk anak-anak.
Figura popular itu diumumkan sebagai duta pertama Aptamil™ KID di Malaysia dalam satu acara yang berlangsung di M Resort Hotel, Damansara baru-baru ini,bersempena Bulan Kesedaran Pembedahan Caesarean (Czer).

Menurut Bella, pengalaman bergelar ibu telah mengubah sepenuhnya cara dia membuat keputusan, khususnya dalam aspek pemakanan anak-anak.
“Apabila melibatkan anak-anak saya, saya tidak membuat andaian. Saya mahu memahami apa yang saya berikan kepada mereka dan sebabnya.
“Apabila sesuatu itu disokong oleh bukti yang kukuh, ia memberi keyakinan kepada saya sebagai ibu,” katanya.
Tidak sekadar wajah popular, Bella dilihat sebagai representasi ibu moden yang lebih teliti dan berinformasi.
Katanya lagi, pemilihan sesuatu produk bukan lagi sekadar mengikut trend, tetapi perlu disandarkan kepada pemahaman tentang kandungan dan sains di sebaliknya.
Pelantikan ini juga hadir ketika isu kesihatan usus dalam kalangan kanak-kanak kelahiran Czer semakin mendapat perhatian.

Penemuan baharu yang diterbitkan pada 2025 dalam European Journal of Clinical Nutrition (EJCN) menunjukkan bahawa gabungan sinbiotik tertentu yang mengandungi probiotik Bifidobacterium breve M-16V dan prebiotik GOS/lcFOS (9:1) dapat membantu meningkatkan keseimbangan usus yang berkesan dalam kalangan kanak-kanak kelahiran Czer berusia satu tahun ke atas.
Kajian terkini menunjukkan keseimbangan mikrobiota usus memainkan peranan penting dalam menyokong sistem imun, sekali gus memberi kesan jangka panjang terhadap perkembangan kanak-kanak.
Sementara itu, Pengurus Negara Danone Malaysia & Singapura, Koh Kok Meng, menegaskan bahawa kolaborasi bersama Bella adalah langkah tepat dalam usaha mendidik ibu bapa masa kini.
“Dengan adanya media sosial dan AI, seperti Bella, ibu bapa masa kini lebih terhubung dan berpengetahuan berbanding sebelum ini.
“Melalui inisiatif seperti Bulan Kesedaran Czer, kami ingin membantu ibu bapa memahami konsep saintifik agar mereka dapat membuat pilihan terbaik untuk memenuhi keperluan pemakanan anak-anak,” jelasnya.

Beliau turut menambah bahawa kerjasama ini sangat relevan dengan situasi semasa dan mampu meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemakanan dalam menyokong kesihatan usus, imuniti serta perkembangan kanak-kanak.
Dengan pengaruh besar di media sosial serta imej sebagai ibu yang autentik, Bella kini bukan sahaja menghiburkan peminat, malah turut memainkan peranan sebagai suara yang memperjuangkan keibubapaan berasaskan ilmu dalam dunia moden hari ini. - Getaran, 13 April 2026


