Bella Astillah pernah jalani sesi kaunseling

Health & Fitness
3 Aug 2026 • 9:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bella Astillah pernah jalani sesi kaunseling

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mendedahkan pernah mendapatkan bantuan profesional bagi menangani isu kesihatan mental yang dilaluinya kira-kira lapan tahun lalu.

Bella atau nama penuhnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, berkata, keputusan bertemu pakar psikiatri dibuat selepas melalui fasa kehidupan yang amat mencabar ketika itu.

“Sebenarnya tidak ramai yang tahu saya pernah melalui hari-hari yang sangat sukar dan saya memilih untuk berjumpa pakar psikiatri.

“Saya menghadiri beberapa sesi kaunseling secara bersendirian dan setiap sesi berlangsung antara satu hingga satu jam 30 minit,” katanya ketika ditemui pada sebuah majlis baru-baru ini.

Menurut Bella, pengalaman itu tidak pernah dikongsikan kepada umum sebelum ini kerana bimbang berdepan stigma negatif masyarakat terhadap isu kesihatan mental.

“Ketika itu saya tidak berkongsi dengan sesiapa, termasuk di media sosial. Kadang-kadang orang terlalu cepat menghukum dan membuat penilaian.

“Saya tidak mahu apabila saya berkongsi, akan timbul pula pelbagai spekulasi,” katanya.

Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata itu turut menggesa individu yang berdepan masalah sama supaya tidak takut mendapatkan bantuan daripada pihak yang bertauliah.

“Apa sahaja yang kita lakukan adalah ikhtiar untuk diri sendiri. Tidak semestinya apabila berjumpa pakar psikiatri, seseorang itu tidak waras. Sebenarnya, itu menunjukkan kita menyayangi diri sendiri.

“Jangan cepat menilai orang lain dan jangan mendapatkan bantuan di tempat yang salah. Bukan bermaksud kita bergantung kepada manusia, tetapi sebagai manusia kita perlu berikhtiar dan berusaha,” katanya.

The post Bella Astillah pernah jalani sesi kaunseling appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved