Bella Astillah tak tahu Aliff Aziz kembali sertai tabligh -“Kalau betul berubah, alhamdulillah”

LocalEntertainment
8 Aug 2024 • 6:55 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi dan pelakon Bella Astilah tak tahu Aliff Aziz kembali mendalami agama bersama tabligh di salah sebuah masjid di Singapura, baru-baru ini.

Pemilik nama Dayang Ara Nabellah Awang Astillah berkata, dia enggan terlalu bercerita mengenai bekas suami yang kini sudah menjadi sejarah dalam hidupnya.

“Saya tidak tahu mengenai hantaran yang tular di TikTok sebagaimana yang diperkatakan.
“Sebab itu adalah perjalanan hidupnya. Lagipun kita tidak tahu apa niat sebenar seseorang itu,”katanya kepada OhMyMedia, hari ini.

image is not available

Bella Astillah tak tahu

Aktres berusia 30 tahun itu berkata, dia hanya mampu mendoakan yang terbaik buat bekas suaminya sekiranya benar mahu berubah ke arah yang lebih baik.

“Kalau betul berubah, alhamdulillah.
“Sekiranya dia mahu berubah ke arah yang lebih baik, saya hanya mampu mendoakan yang terbaik saja,” katanya lagi.

Terdahulu, media melaporkan penyanyi asal Singapura, Aliff Aziz yang mengenakan serba putih dilihat bersama-sama dengan kumpulan tabligh.

image is not available

Dalam perkongsian seorang individu dikenali sebagai Ustaz Haji Taufik, dia turut meninggalkan pesan agar orang ramai tidak mudah meletakkan hukum sesama manusia.

Untuk rekod, sebelum ini Aliff Aziz pernah mengikuti jemaah tabligh sekitar Ogos 2021 selepas bercerai kali pertama.

image is not available

Dalam perkembangan lain,Bella Astillah akan membuat persembahan pada Konsert Jiwa Malaysia 2024 yang bakal berlangsung di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil Kuala Lumpur pada 7 September depan.

Selain Bella, penyanyi lain yang turut membuat persembahan adalah Bunkface, Dolla, Ruffedge, Spider, Insomniacks dan Hujan.

Tiket konsert yang berharga serendah RM90 sehingga RM120 boleh didapati menerusi laman web, https://ilassotickets.com