Bella Astillah Tepis Dakwaan Akan Kembali Kepada Aliff Aziz

LocalEntertainment
15 Oct 2024 • 8:00 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
bella

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah akhirnya menjelaskan tentang hantaran yang dibuat hari ini sehingga mendapat perhatian netizen.

Hantaran tersebut merupakan gimik yang dilakukan sempena konsert A Night With Sumandak Stars Ceritaku Hatiku.

View this post on Instagram

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah)

Sebenarnya saya takut juga buat hantaran itu, tapi atas permintaan penganjur dan persetujuan bersama
keluarga, saya buat juga gimik itu.

Sebelum ini saya tak pernah buat begitu, saya minta maaf kalau ada yang risau.

Dalam masa yang sama Bella juga menafikan dakwaan kononya akan kembali kepada bekas suami, Aliff Aziz.

Melihat komen bertanya adakah saya mahu kembali bersama, saya juga risau. Saya berdoa agar dijauhkan daripada itu.

Fokus saya hanyalah untuk anak-anak.

Penyanyi berusia 30 tahun ini juga berharap semua pihak dapat menerima berita tentang penganjuran konsert Sumandak dengan baik.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Astro Gempak

The post Bella Astillah Tepis Dakwaan Akan Kembali Kepada Aliff Aziz appeared first on Oh! Media.