Bella Astillah Perjelas Hantaran Di Instagram, Tolak Dakwaan Akan Kembali Bersama Aliff Aziz - “Sebenarnya Saya Takut Juga…”

15 Oct 2024 • 6:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah tampil menjelaskan tujuan membuat hantaran yang mencetuskan tanda tanya ramai di Instagram (IG) pada Selasa.

Menurut Bella atau Dayang Nabellah Awang Astilla, 30, dia memohon maaf sekiranya membuat netizen terutama peminatnya gusar susulan perkongsian tersebut.

“Sebenarnya saya takut juga buat hantaran itu, tapi atas permintaan penganjur dan persetujuan bersama keluarga, saya buat juga gimik itu.

“Sebelum ini saya tak pernah buat begitu, saya minta maaf kalau ada yang risau. 


“Tapi saya bersyukur kerana itu juga menunjukkan mereka (peminat) ambil berat tentang diri saya,” katanya.

Bella berkata ketika ditemui pada sidang media konsert A Night With Sumandak Stars Ceritera Hatiku di ibu kota, pada Selasa.

Tambah ibu kepada dua cahaya mata itu lagi, dia juga menepis dakwaan akan kembali kepada bekas suami, Aliff Aziz, seperti yang hangat diperkatakan di ruangan komen perkongsian tersebut.

“Melihat komen bertanya adakah saya mahu kembali bersama, saya juga risau. Saya berdoa agar dijauhkan daripada itu.

“Fokus saya hanyalah untuk anak-anak. 


“Sebab itu dalam hantaran saya cakap harap semua boleh terima sebab gusar juga ini konsert pertama dan mahu menjayakan konsert Sumandak ini buat julung kali,” jelasnya.

Terdahulu, Bella membuat hantaran akan memaklumkan sesuatu mengenai dirinya dan berharap semua dapat menerima berita tersebut dengan baik.

Konsert A Night With Sumandak Stars Ceritera Hatiku menggabungkan barisan penyanyi popular Malaysia yang berasal dari ‘Negeri di Bawah Bayu’  iaitu  Bella Astillah, Marsha Milan, Stacy Anam, Adira Suhaimi, Nikki Palikat, Wani Kayrie dan Didi Astillah.
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved