Bella Hadid approved! Ketahui trend ‘It Bag’ terpanas musim luruh 2024

Women's FashionLifestyle
3 Sep 2024 • 11:00 AM MYT
LifestyleAsia MY
LifestyleAsia MY

Your access to the good life in Malaysia

image is not available

Another season, another trend! Musim luruh hadir membawa bersama trend-trend baharu, dan walaupun kita masih menikmati sisa-sisa musim panas, beberapa item fesyen untuk musim luruh 2024 sudah mula mencuri perhatian. Selain anting-anting logam yang digayakan oleh Hailey Bieber dan blazer pendek oleh Selena Gomez, satu lagi item yang sedang hangat diperkatakan ialah beg tote besar (Coach bag) yang sering digayakan oleh Bella Hadid sejak kebelakangan ini.

Tidak dinafikan, buat sekian lama gaya beg kecil ‘baguette’ menjadi kegilaan, jadi apabila model terkenal ini mula muncul pada bulan Julai dengan beg tote bersaiz jumbo daripada Coach yang tergantung di bahunya, ia segera menjadi perbualan hangat. Dengan sentuhan nostalgia Y2K yang kuat, beg Coach ini dengan mudah menjadi tumpuan di aplikasi TikTok, dengan lebih 67 juta posting memuji ia sebagai “Fall It Bag” dan “chic work bag”.

Coach Bag – Brooklyn Shoulder 39: Gaya minimalis klasik

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Stuart Vevers (@stuartvevers)

Dengan saiz yang besar dan siluet hobo, Coach Brooklyn Shoulder Bag 39 mengingatkan kita kepada beg status yang sering digayakan oleh ikon fesyen awal 2000-an seperti Mary-Kate Olsen dan Nicole Richie. Gaya minimalis dengan tekstur kulit lembut, tali bahu yang lebar, dan penutup magnetik ini hadir dalam enam warna klasik termasuk hitam, coklat, dan tan.

Bukan sahaja beg ini ultra-chic, ia juga praktikal dan serba boleh—dua faktor utama apabila anda merancang untuk melabur dalam produk berjenama.

Gaya menawan Bella Hadid menjadi tumpuan

image is not available
Kredit: GC Image

Hadid membuktikan betapa serasinya beg Brooklyn ini dengan pelbagai jenis pakaian. Dalam satu gaya, model ini memadankan beg tersebut dengan tank top grafik dan seluar kulit hijau zamrud, manakala dalam penampilan lain, dia menggayakannya dengan crop top putih berlengan kembung, capri, dan kasut tumit rendah. Baru-baru ini, dia keluar dengan versi suede Cedar untuk melengkapkan gaya inspirasi barat dengan baju berikat depan merah, denim cut-offs, dan but koboi.

Coach bag: Kegunaan harian yang praktikal & efisien

image is not available
Kredit: Coach

Beli di sini

Selain gayanya yang menawan, saiz besar beg ini menjadikannya pilihan yang sesuai untuk digunakan setiap hari, daripada kelas senaman pagi hingga ke pejabat dan sesi gosip di kafe hipster bersama rakan baik anda. Ia cukup luas untuk memuatkan laptop 15 inci, dan terdapat poket snap dalaman untuk menyimpan keperluan penting seperti kunci dan dompet. Apabila jadual anda semakin sibuk menjelang akhir tahun, Coach Brooklyn Shoulder Bag 39 mungkin menjadi aksesori sempurna untuk melengkapkan wardrobe musim luruh anda.

Jika saiz besar kurang menarik perhatian anda, beg Coach ini juga hadir dalam versi lebih kecil iaitu Brooklyn Shoulder Bag 28. Ia mempunyai gaya yang sama, cuma saiznya lebih kecil dan tetap hadir dengan warna-warna menarik yang sama.

Walaupun versi 28 tidak dapat memuatkan laptop, masih ada ruang yang cukup untuk keperluan harian seperti telefon, dompet, cermin mata hitam, dan banyak lagi.

Pilihan alternatif untuk trend beg tote slouchy

Jika beg Coach pilihan Bella Hadid ini berada di luar bajet anda, jangan risau! Anda masih boleh mengikuti trend beg tote slouchy ini menjelang musim luruh dengan beberapa pilihan beg kulit hitam yang lebih berpatutan, bermula dengan harga serendah $27.

Antara pilihan terbaik termasuk Banana Republic Factory Vegan Leather Slouchy Tote dan Montana West Slouchy Hobo Bag dari Amazon yang mendapat pujian ramai kerana kualiti yang menakjubkan pada harga yang sangat rendah.

Pilihan-pilihan ini membuktikan bahawa anda tidak perlu mengeluarkan belanja besar untuk kelihatan bergaya. Jadi, apa tunggu lagi? Lengkapkan koleksi gaya musim luruh anda dengan Coach bag yang serba boleh dan trendy ini!

Baca artikel mengenai gaya hidup, tempat makan menarik, fesyen terkini, kecantikan dan kesihatan, serta gosip artis popular di Lifestyle Asia Malaysia


(Kredit gambar Hero dan Featured: Coach)

The information in this article is accurate as of the date of publication.