Bella Hanna Tak Kisah Redza Rosli Berlakon Babak Pegang Tangan, Faham Tugas Suami Sebagai Pelakon

LocalEntertainment
20 Oct 2024 • 6:37 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
bella

Pelakon Bella Hanna mengakui tidak kisah jika suaminya, Redza Rosli, melakonkan babak berpegangan tangan dengan pelakon wanita lain.

Beliau menjelaskan bahawa dirinya memilih untuk bersikap profesional memandangkan dia faham tugas dan tanggungjawab suaminya dalam industri hiburan.

View this post on Instagram

A post shared by OHBULAN! (@ohbulanofficial)

Memang kerja, kita kena faham. Kita kahwin dengan pelakon, kena jadi profesional lah. Bukannya dekat luar set dia pegang, di dalam set tak apa.

Jujurnya, saya tak kisah kalau itu kerja, Tapi mesti ada batas, lagi-lagi kalau kita dah berkahwin.

Saya rasa setakat ini, Redza tak ada lagi buat babak daring. Setakat pegang, berlapik saya okay.

Bella juga memaklumkan dirinya juga pelakon dan berharap suaminya juga memahami.

Dia kena pegang atas komitmen kerja. Jadi korang pun kena faham tugas seorang pelakon.

Untuk rekod, Bella dan Redza telah mendirikan rumah tangga pada 21 Jun lalu dalam sebuah majlis di Forest Valley Hall, Cheras.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: OH BULAN

The post Bella Hanna Tak Kisah Redza Rosli Berlakon Babak Pegang Tangan, Faham Tugas Suami Sebagai Pelakon appeared first on Oh! Media.