“Dia jadikan iktibar” – Watie Kongsi Shuib Naikkan Duit Nafkah Sejak Kes ‘Fattzura’

Entertainment
18 Oct 2024 • 12:03 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak tularnya kes perceraian pasangan pelakon popular, Fattah Amin dan Fazura, kisah mereka sering menjadi perbualan hangat netizen.

Isu pasangan ini telah memberi kesan kepada sesetengah pihak termasuklah pelawak Shuib, yang mana isterinya, Watie Hanifiah mendedahkan suaminya telah menaikkan duit nafkah sejak isu ‘Fattzura’ tular.

image is not available

“Sejak kes Fattzura, suami up duit nafkah”

Menerusi screenshot yang dikongsikan Watie di IG story, Shuib dilihat menghantar resit transaksi bank yang dibuat.

Watie yang berkongsi kisah itu meluahkan rasa syukurnya sebagai seorang isteri dan mendoakan agar Shuib terus dimurahkan rezeki berlipat kali ganda.

image is not available

Walaupun bini tak pernah mengadu tak cukup… tapi mungkin dia jadikan iktibar dalam diam.

“Sebenarnya laki bini jadikanlah pengalaman dan kisah orang lain sebagai pengajaran untuk kita suami isteri sama-sama bertolak ansur dan memahami antara satu sama lain.

“Sebab kehidupan rumah tangga ini untuk kita lalui bersama, nikmati bersama, suka duka bersama, susah senang sehingga ke nafas terakhir bersama,” tulis Watie.

Semoga terus bahagia Watie dan Shuib. Seronoklah dapat up duit nafkah eh…

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.