“Bella kena ada kat sebelah..”- Sempat bisik, Anwar Ibrahim usik Syed Saddiq ketika beri baju Melayu

LocalPolitics
4 Mar 2025 • 3:01 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat usik Syed Saddiq ketika ahli Parlimen Muar itu memberi baju Melayu kepadanya di Parlimen, hari ini.

Dalam video siaran langsung yang dimuat naik semula di TikTok, Syed Saddiq dilihat menyapa Anwar Ibrahim sebelum bersalaman dan menyerahkan sebuah beg berisi kotak yang mengandungi baju Melayu.

Namun, apa yang mencuri perhatian ramai adalah sifat berseloroh Perdana Menteri ke-10 (PMX), memberitahu penyanyi Bella Astillah sepatutnya berada di samping Syed Saddiq ketika menyerahkan baju Melayu kepadanya.

“Bella kena ada kat sebelah,”seloroh Anwar Ibrahim kepada Syed Saddiq.

image is not available

image is not available

 

Anwar Ibrahim usik Syed Saddiq

Ahli Parlimen berusia 32 tahun itu kemudiannya berseloroh semula dengan mengatakan bahawa Bella Astillah adalah miliknya dan perlu diberi peluang buatnya.

“Jangan kacau. Itu (Bella Astillah) saya punya. Kasi chance lah,”jawab Syed Saddiq.

image is not available

Bisik apa tu? PMX pun tahu…

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang terhibur apabila melihat telatah PMX itu bahkan, ramai juga yang tertanya-tanya bisikan PMX terhadap Syed Saddiq apabila melihat video di atas.

Mana tidaknya, PMX sempat mengangkat dokumen seperti mahu ‘mengusik’ Saddiq, sambil kedua-duanya berbual dalam suasana santai.

image is not available

Beberapa individu di sekeliling mereka turut tersenyum, menunjukkan suasana ketika itu penuh dengan gelak tawa dan gurauan.

image is not available image is not available image is not available

image is not available image is not available

Terdahulu, momen Anwar ‘mengusik’ Syed Saddiq di parlimen dengan bertanya sama ada beliau memakai baju Melayu ataupun tidak pada hari berkenaan.

Situasi itu telah disambut dengan senyuman lebar dari Syed Saddiq dan gelak ketawa dari yang lain.

Sumber: TikTok febbyfeb_98