“Bella kena ada kat sebelah” – PMX Usik Syed Saddiq Masa Hadiahkan Baju Melayu Di Parlimen

Entertainment
4 Mar 2025 • 2:10 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Di sebalik ketegasannya dalam memimpin negara, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim ini dilihat seorang yang suka berseloroh juga rupanya. Sebelum ini, PMX ada mengusik Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq tidak memakai baju Melayu ketika di Parlimen, namun kali ini lain pula usikannya.

Baru-baru ini, bekas Menteri Belia & Sukan itu ada menghadiahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim baju Melayu jenama yang diperagakan olehnya, Primavalet. Memandangkan dirinya kini kerap dikaitkan dengan pelakon Bella Astillah, PMX ambil peluang ‘mengusik’ Syed Saddiq ketika sesi pemberian baju tersebut.

“Patut Bella kena ada kat sebelah”

Dalam video live yang dikongsikan semula oleh pengguna TikTok itu juga memperlihatkan Syed Saddiq membalas gurauan PMX, difahamkan Syed Saddiq beseloroh semula dengan mengatakan bahawa Bella miliknya dan perlu beri peluang buatnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang terhibur apabila melihat telatah PMX itu bahkan, ramai juga yang tertanya-tanya apakah bisikan PMX terhadap Syed Saddiq apabila melihat video di atas.

image is not available image is not available

PMX pun alert tau pasal isu semasa ni, sampai Syed Saddiq selalu dengan Bella Astillah pun boleh beliau tahu.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.