Bella Mengaku Chat Dan Foto Mesra Untuk Buat Aliff Aziz Cemburu, Ini Respon Muaz Zabir

Entertainment
7 Apr 2024 • 1:12 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
muaz zabir

Pelakon baru, Muaz Zabir enggan mengeluarkan sebarang komen untuk menjawab dakwaan yang dibuat Bella Astillah baru-baru ini.

Dalam satu temubual bersama media, Bella mengaku menjalinkan hubungan dengan Muaz sekitar Oktober tahun lalu untuk menarik perhatian Aliff Aziz.

Kata Bella, dia menggunakan Muaz untuk membuatkan Aliff cemburu memandangkan Aliff ketika itu kantoi curang dengan dua orang wanita.

Lapor Berita Harian, juara program Fit For Action tersebut bagaimanapun masih belum bersedia memberikan komen bagi menghormati Bella dan semua pihak yang terbabit.

image is not available

Wakil pengurusan Muaz iaitu Alternate Records & Talent juga memilih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

Terdahulu, tular di media sosial screenshot mesej menunjukkan perbualan mesra Bella dan Muaz seperti pasangan bercinta.

Mereka juga meluahkan perasaan cinta kepada satu sama lain dan ada mengambil foto selfie bersama-sama.

image is not available

Bella menjelaskan, dia dan Aliff sudah berdamai dan saling bermaafan sebelum bercuti ke Pulai Pinang bersama-sama.

Namun, Aliff dikatakan berubah sikap selepas memulakan penggambaran dengan Ruhainies yang membawa kepada tangkap khalwat awal Mac lalu.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media