“Bella tahu Saddiq tak bersalah…”- Bella Astillah lega, sifatkan tunang jujur, baik & amanah

LocalPolitics
13 Jul 2026 • 3:28 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah meluahkan rasa lega selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan pembebasan tunangnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada empat pertuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), hari ini.

Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 33, berkata keputusan itu memberi ketenangan buat dirinya kerana sejak awal lagi dia percaya Ahli Parlimen Muar berkenaan tidak bersalah.

“Bella sangat-sangat bahagia. Paling penting rasa lega, tenang dan bahagia sebab Bella tahu Saddiq seorang yang sangat baik.
“Bella tahu Saddiq tak bersalah,” katanya selepas keputusan pengekalan pembebasan tunangnya di Istana Kehakiman.

Image from: “Bella tahu Saddiq tak bersalah…”- Bella Astillah lega, sifatkan tunang jujur, baik & amanah

Mengulas sebab dia terus setia berada di sisi Syed Saddiq sepanjang proses perbicaraan, Bella berkata keperibadian ahli politik itu menjadi faktor utama yang membuatkan dirinya kekal memberi sokongan.

“Bella nampak macam mana peribadi dia. Paling utama Bella nampak macam mana layanannya terhadap orang tua dan keluarga, itu paling penting.
“Bella juga tengok dia seorang yang sangat jujur, baik dan amanah sepanjang perkenalan kami,” ujarnya.

Image from: “Bella tahu Saddiq tak bersalah…”- Bella Astillah lega, sifatkan tunang jujur, baik & amanah

Sementara itu, Bella enggan mengulas lanjut mengenai perancangan majlis perkahwinan mereka dan memaklumkan akan berkongsi perkembangan tersebut apabila tiba masa yang sesuai.

Artikel lain: Bebas! Syed Saddiq teruskan hasrat kahwini Bella – “Dah dapat lampu hijau Mama dan Buya”

“Selebihnya, insya-Allah nanti kita akan lebih lagi kongsikan bila dah sampai masa,” katanya.

Image from: “Bella tahu Saddiq tak bersalah…”- Bella Astillah lega, sifatkan tunang jujur, baik & amanah

Terdahulu, Bella dan Syed Saddiq mengikat tali pertunangan pada 28 Mac 2026 dan difahamkan pasangan itu dijangka melangsungkan pernikahan pada Oktober ini.

Sumber: HIB GLAM (Hanisah Selamat)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved