Bellingham terlepas aksi bersama England

FootballSports
12 Jun 2023 • 10:22 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Bellingham - Foto AFP

PEMAIN tengah England, Jude Bellingham akan terlepas perlawanan kelayakan Euro 2024 negaranya menentang Malta dan Macedonia Utara selepas mengalami kecederaan hamstring.

Dia akan menghabiskan masa di pusat bola sepak kebangsaan England untuk menerima rawatan lanjut yang menyaksikan dia tidak bermain dalam perlawanan terakhir Borussia Dortmund musim ini.

Dengan ketiadaan pemain berusia 19 tahun itu, Dortmund terlepas gelaran Bundesliga selepas seri 2-2 di laman sendiri menentang Mainz.

Baru-baru ini, Bellingham yang merupakan salah seorang bintang kempen Piala Dunia England tahun lalu bersetuju untuk menyertai gergasi Sepanyol, Real Madrid dan perjanjian akan dimuktamatkan apabila dia lulus ujian perubatan.

Bellingham bukan satu-satunya pemain yang terlepas daripada kumpulan 25 pemain dikumpulkan Southgate kerana pertahanan Brighton, Lewis Dunk turut menarik diri.

"Lewis Dunk telah menarik diri daripada skuad England kerana kecederaan, manakala Jude Bellingham juga tidak akan bermain dalam kelayakan bulan ini," kata kenyataan rasmi skuad England.

Declan Rice dari West Ham dan Jack Grealish, John Stones, Phil Foden, Kyle Walker dan Kalvin Phillips dari Manchester City dijangka tiba dalam beberapa hari akan datang selepas kejayaan mereka di pentas Liga Juara-Juara Eropah.

England akan menentang Malta di Ta’ Qali pada 16 Jun sebelum menerima kunjungan Macedonia Utara di Old Trafford Manchester pada 19 Jun.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved