
Baru-baru ini, sepasang suami isteri berkongsi pengalaman kurang menyenangkan ketika menaiki feri dari Langkawi ke Kuala Kedah.
Menurutnya, ada seorang kanak-kanak meraung hampir sejam lebih tanpa henti dalam feri dan ibu bapa hanya memujuk dengan lembut.
Budak meraung sejam lebih dalam feri
Triggered Warning Real life experience yg jadi time dlm ferry. Kami ulang alik atas urusan kerja, Kelantan – Kuala Kedah – Langkawi – Kuala Kedah – Penang – Kelantan drive and nasib tak baik time hari blk dr Langkawi – Kuala Kedah wife tengah demam panas, muntah non stop and menahan migraine tu yg aku kasi gula2. Kalau bayi faham tapi masalahnya dah besar budaknya siap blh cakap apa yg dia nak. Aku dulu kalau buat hal tempat awam hbis dah kena cubit tapi budak ni mak bapak dia boleh pulak ( iye sayang sayang sayang ) if sekejap takpe tapi ini dkt sejam lebih sampai mengganggu satu ferry, tp that kid diam after dpt apa yg dia nak tu pun after sejam lebih menangis and meraung. lain pulak kalau anaknya oku or baby kita faham lah juga tapi ni alhamdulillah sihat je siap boleh menjawab apa yang dia nak tanpa pelat ikut size 6-7 tahun. Dalam video ni aku takde mengaibkan mana2 pihak. Even muka parents and budak tu pun aku tk tunjuk dalam video ni. Just aku and wife. “Bisinglah” mulut wife aku pun tak bergerak. Ini sekadar awareness and tlg ambik dr side yg positive Memang mak bapak sekarang ni berlembut sangat dgn anak ke ? Sampai anak pijak kepala, taknak dgr cakap parents and TOLONG jgn bgi alasan biasalah budak2 . Aku pun pernah budak juga bukannya lahir terus besar gedabak dan dari dia budak lah kena ajar sperti peribahasa “melentur buluh biar dari rebungnya”. So Solutionnya ape? Parents yang anaknya kuat tantrum, apa yg korang buat utk distract anak korang? Boleh sharekan tips korang? Mana tahu membantu utk yang bakal menjadi parents nanti or yg deal dgn anak fruits Selain dari alasan (biasalah budak2 / ada anak nanti tahu lah ). If got solution tolong kongsi supaya yang lain dapat manfaat bukan nak triggered tak tentu hala. Bukannya mendoakan keburukan atas orang lain. Peace no war
Katanya, ketika kejadian isterinya tengah demam panas, muntah-muntah dan migraine. Dalam keadaan sebegitu, sudah tentu bunyi bising dari tangisan kanak-kanak tu memang mengganggu.
Aku dulu kalau buat hal tempat awam habis dah kena cubit tapi budak ni mak bapak dia boleh pulak (iye sayang sayang sayang ) if sekejap takpe tapi ini dekat sejam lebih sampai mengganggu satu ferry, tapi that kid diam after dapat apa yang dia nak tu pun after sejam lebih menangis and meraung.
Jelasnya, budak berkenaan bukan bayi kerana sudah boleh bercakap dengan jelas mengenai apa yang dikehendakinya.
Dalam video ni aku takde mengaibkan mana-mana pihak. Even muka parents and budak tu pun aku tak tunjuk dalam video ni. Just aku and wife. ‘Bisinglah’ mulut wife aku pun tak bergerak. Ini sekadar awareness and tolong ambik dari side yang positive.
Dia juga menyeru ibu bapa lain untuk berkongsi cara masing-masing tangani anak yang tantrum bukan sekadar beri alasan “biasalah budak-budak”.
Luahan dikecam hebat netizen

Namun, video yang dimuat naik pasangan ini menerima kecaman hebat daripada netizen. Mereka berpihak kepada ibu bapa yang juga tertekan berdepan dengan situasi anak meragam.
Ada yang mendakwa mereka ‘beria sangat’ sebab belum ada anak, siap sindir suruh guna perlindungan supaya tak ‘membiak’.
Pssttt! Hidup lebih harmoni sekiranya semua pihak bertoleransi dan memahami situasi tanpa menghukum mana-mana pihak. Jadi, sabarlah sikit..
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
The post
appeared first on
.




