Rakam Reaksi Terganggu Dengan Budak ‘Tantrum’ Di Tempat Awam, Penjelasan Individu Ini Undang Perhatian Netizen

Entertainment
8 May 2025 • 2:38 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, tular satu video pasangan suami isteri menunjukkan reaksi mereka sedang mendengar seorang kanak-kanak sedang tantrum di tempat awam.

Riak wajah mereka yang seolah-olah tidak selesa itu difahamkan telah mengundang kecaman netizen sehingga ada yang mengeluarkan kata-kata yang kurang enak terhadap pasangan ini.

Susulan itu, pemilik video berkenaan tampil memberikan respon dan menceritakan situasi sebenar. Kata pemuda tersebut, ibu bapa patut memainkan peranan untuk menyediakan sesuatu yang boleh menarik perhatian anak-anak kerana ia telah mengganggu ketenteraman orang lain.

“Takkan sebab anak kau seorang meragam, habis satu kapal nak kena layan. Kau tahu tak, ada orang sakit, kau tak tahu.

“Takkanlah semua orang nak kena faham. Biasalah budak-budak. Sampai bila kita nak kena alasan tu.

“Lepas tu, ada orang cakap, kalau kita menjerit, marah-marah, ada orang rakam. Kan ada beza penderaan dengan mengajar, kalau sikit-sikit kau nak backup anak kau, habis sampai bila nak mendidik,” katanya.

Bahkan pemuda tersebut juga sedar dengan kecaman netizen terhadapnya yang mendoakan perkara tidak baik buat pasangan ini, baginya doa seseorang itu boleh berbalik kepada dirinya semula.

Tegasnya lagi, ia boleh difahami jika anak-ianak tu menangis tidak lama, tetapi dalam kes kejadian itu, dikatakan situasi anak yang tantrum itu meleret sehingga sejam lamanya.

Biarpun akui dirinya masih belum ada anak, namun sebagai insan yang pernah menjadi kanak-kanak, dia menjelaskan bahawa dia telah dididik dengan tegas oleh ibunya.

Kenyataan daripada pemuda ini dilihat telah mengundang pelbagai reaksi, ada yang membidas bahawa sikap anak tidak akan berubah jika dipenatkan sekalipun kerana mereka tetap akan tantrum.

Malah ada juga yang menjelaskan, situasi anak autisme yang tantrum jauh lagi dahsyat daripada kanak-kanak biasa.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Hurm, kita orang luar rasa lain, apatah lagi ibu bapa dia yang kena hadap, kesiannya.

Sumber : X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.