
TAMPARULI: “Sehingga kini, belum ada sebarang khabar berita mengenai kehilangan anak saya di Myanmar”, luah seorang ibu.
Nur, 51, percaya anaknya yang mesra dipanggil Lieyco, 30, masih hidup dan menunggu pertolongan selepas dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan orang di luar negara sejak awal Januari lalu,
Beberapa usaha, termasuk membuat laporan polis dan bertemu Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Madius Tangau, bagi mendapatkan bantuan pihak berkaitan melaksanakan misi pencarian mangsa belum menemukan sebarang hasil atau perkembangan kes.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Ibu mana yang tidak bimbang memikirkan keadaan anak setiap hari dan lebih-lebih lagi, belum ada sebarang perkembangan mengenai status kes anak saya.
“Malah, perasaan bercampur dan takut terjadi apa-apa yang buruk terhadap anak saya itu menyebabkan saya kerap bermimpi anak saya sudah berada di rumah,” katanya.
Menurutnya, dia sekeluarga juga pernah meminta bantuan daripada pihak badan bukan kerajaan (NGO) selepas anaknya gagal dihubungi, namun ‘terbantut’ apabila syarat yang memerlukan anaknya boleh dihubungi pihak NGO ketika itu.
“Kemungkinan telefon anak saya dirampas menyebabkan gagal dihubungi dan sukar mereka (NGO) mahu melaksanakan misi bantuan sekiranya anak saya tidak dapat dihubungi.
“Kami sekeluarga bukanlah orang senang dan tidak mampu pergi ke Myanmar untuk mencari Lieyco.
“Kami sekeluarga hanya mampu berdoa agar usaha pihak yang terlibat misi membantu mengesan serta menyelamat Lieyco dipermudahkan,” ujarnya.
Kali akhir Nur berhubung dengan Lieyco pada awal Januari, anaknya itu mengatakan sekiranya dia tidak pulang ke Sabah pada masa terdekat, dia meminta keluarganya mengambilnya di Tachileik, Myanmar.
Berdasarkan peta aplikasi Life360, persekitaran tempat tinggal Lieyco yang dipenuhi bangunan awalnya, bertukar (berpindah) ke kawasan hutan walaupun masih berada di kawasan Tachileik.
Pada 26 Januari kemudian, Nur menghubungi anaknya kembali namun gagal sehingga laporan polis dibuat di Balai Polis Tanjung Aru pada 4 Mac dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran pada 14 Mac yang ditemani Madius.



![“Geli Tekak Aku” – Wanita Luah Rasa Kecewa, Daun Pisang Balut Pulut Sambal Yang Dibeli Kotor [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)