Belum Ada Tangkapan Lain Selepas Ibu Bapa Zayn Rayyan Ditahan – Ketua Polis Negara

2 Jun 2024 • 3:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, negara kita digemparkan dengan berita bahawa ibu bapa Zayn Rayyan telah ditahan reman oleh pihak polis. Terdahulu, Zayn Rayyan, enam tahun telah ditemui mati di sebuah anak sungai berdekatan rumahnya pada Disember tahun lalu.

Memetik laporan Sinar Harian, ibu bapa Zayn itu telah ditahan reman oleh PDRM selama tujuh hari.

image is not available

Siasatan lanjut ke atas kedua-dua suspek itu sedang dijalankan oleh pihak polis negeri Selangor.

Namun, menurut Tan Sri Razarudin Husain iaitu Ketua Polis Negara, setakat ini, masih belum ada tangkapan lain selepas ibu bapa Zayn Rayyan ditahan pada pagi Jumaat lalu di Puncak Alam.

image is not available

Kes tersebut masih disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.