“Belum Bawa Jumpa Famili Tapi..” – Status Hubungan Jadi Teka-Teki, ‘Influencer’ TikTok Sah Bercinta Dengan Shila Amzah

EntertainmentMusic
7 Feb 2023 • 12:52 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, status hubungan penyanyi Shila Amzah dan pempegaruh terkenal TikTok, Ubai menjadi teka-teki para peminat, lagi-lagi bila penyanyi berkenaan tersasul memanggil jejaka tersebut ‘Yang’ singkatan untuk sayang.

Terbaharu, setelah dihubungi oleh pihak Harian Metro, Ubai mengesahkan bahawa memang mempunyai hubungan istimewa dengan penyanyi terkenal tersebut.

Menurut Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, mereka mula rapat sejak tahun lalu selepas Shila lalui fasa sukar dalam kehidupannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ubaidillah (@ubaimz)

Saya sudah mengenali Shila sejak tahun 2011, tapi hubungan kami bertambah akrab sekitar tahun 2014.

Pada mulanya mereka hanyalah sekadar teman rapat, namun masing-masing tidak sangka hubungan tersebut bertambah akrab dan serius.

Pendedahan yang dibuat oleh Shila mengenai hubungan mereka di live TikTok juga dilakukan secara spontan setelah ‘diasak’ oleh netizen mengenai status hubungan mereka yang sebenar.

Dalam pada itu, Ubai turut berkongsikan masih belum membawa Shila berjumpa dengan keluarga, namun familinya sudah pun mengetahui mengenai hubungan mereka dan menyokong.

Sekadar info, Shila sebelum ini pernah berkahwin selama empat tahun tetapi diceraikan dengan talak satu pada Februari 2022. Hasil perkahwinan tersebut, dia dikurniakan seorang anak lelaki, Seth Uwais.

image is not available 8 jam lalu

Kantoi Panggil 'Sayang' & Selalu 'Live' Bersama, Shila Amzah Bercinta Dengan 'Influencer' Terkenal TikTok?