
Nama penyanyi Shila Amzah menjadi bualan netizen di media sosial baru-baru ini apabila dia dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan seorang pempengaruh terkenal TikTok.
Mana tidaknya, peminat berpendapat Shila dan Ubai dilihat mesra bersama apatah lagi mereka sering melakukan live di TikTok bersama.
Namun, apa yang menjadi bualan adalah apabila mereka tersasul dan memanggil ‘sayang’ ketika sesi live yang ditonton ribuan peminat namun dilihat cuba untuk coverline semula.
Lebih menguatkan lagi tekaan peminat, kedua-dua mereka telah hadir ke konsert Melly Goeslaw yang diadakan di Dewan Plenary, KLCC beberapa hari lepas bersama-sama.
Difahamkan, video yang tular itu bukanlah kali pertama penyanyi lagu Patah Seribu itu tersasul menyebut panggilan ‘sayang’.
Meskipun peminat berkata-kata, Shila dan Ubai atau nama sebenarnya Ubaidillah tidak pernah mendedahkan kepada umum tentang status hubungan mereka.
Sebaliknya, ia hanyalah tekaan netizen berdasarkan kemesraan mereka ketika berdepan dengan kamera dan kerana sudah beberapa kali ‘terkantoi’ memanggil ‘sayang’.
"Dia Patut Rasa Bangga" - Shila Amzah Dedah Lagu 'Jauh Hati' Cerita Tentang Kehidupan Peribadi Dengan Bekas Suami
The post Kantoi Panggil ‘Sayang’ & Selalu ‘Live’ Bersama, Shila Amzah Bercinta Dengan ‘Influencer’ Terkenal TikTok? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


