Belum Dibuka, Restoran Milik Khairul Aming Dah Dapat Reviu Teruk! – “Jijik Perangai Masing-Masing..”

LocalFood
10 Dec 2025 • 10:11 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Baru mengumumkan pembukaan restoran pertamanya Rembayung, premis milik pempengaruh terkenal Khairul Aming itu sudah menerima reviu teruk di platform Google Reviews daripada segelintir individu.

Restoran milik Khairul Aming dah dapat reviu teruk!

Meskipun hanya akan dibuka secara rasmi pada Januari hadapan, individu berkenaan tergamak mencipta ulasan negatif dengan meninggalkan satu bintang, merujuk kepada servis perkhidmatan restoran yang tidak memuaskan.

image is not available

Seorang pengguna aplikasi Threads, @xnenorx memuat naik beberapa keping tangkap layar memaparkan beberapa ulasan negatif seperti kononnya sanggup datang dari Sabah dengan menaiki kapal terbang, namun kecewa sebaik tiba kerana restoran tersebut tidak dibuka.

“Busuknya hati. Belum apa-apa lagi dah bagi reviu teruk,” tulis @xnenorx pada Selasa.

Hantaran tersebut dipersetujui oleh netizen yang rata-rata menyifatkan tindakan itu adalah perbuatan memalukan, apatah lagi Google Reviews tidak akan memadam komen ditinggalkan pelanggan sekali gus boleh menjejaskan reputasi Rembayung termasuk di mata pengunjung luar negara.

Satu dunia boleh tengok!

image is not available

Khairul tak buat hal pun, ada yang benci?

image is not available

Kenapa tak matang ni?

image is not available

Kononnya buat lawak?

image is not available

Untuk makluman, Rembayung yang terletak di atas tanah seluas 8,000 kaki persegi di Kampung Baru, Kuala Lumpur telah menelan kos sebanyak RM4 juta.

Projek disiapkan dalam tempoh setahun itu berkonsepkan semi ‘glass-house’ dua tingkat yang boleh menampung lebih 250 pelanggan dalam satu masa.

Sumber: Threads xnenorx

The post Belum Dibuka, Restoran Milik Khairul Aming Dah Dapat Reviu Teruk! – “Jijik Perangai Masing-Masing..” appeared first on Borak Daily.