Belum Diklasifikasi Sebagai Kes Jenayah, Tiada Keperluan Dedah Identiti Kontraktor – KP Selangor

LocalPolitics
8 Apr 2025 • 9:55 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Polis Selangor menegaskan bahawa tiada keperluan untuk mendedahkan identiti syarikat kontraktor yang terlibat dalam kerja-kerja pengorekan tanah berhampiran lokasi insiden kebakaran paip gas bawah tanah di Putra Heights pada Selasa lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan bahawa siasatan masih berjalan dan kejadian itu belum diklasifikasikan sebagai satu jenayah, memetik Sinar Harian.

image is not available

Apa yang menjadi fokus ketika ini adalah tempat kejadian, bukan mendedahkan siapa terlibat sebab ini lebih kepada siasatan.

Siasatan pun belum klasifikasikan apa-apa jenayah, sebab itu disiasat di bawah Kertas Inkuiri Polis dan polis mempunyai kuasa untuk memanggil individu-individu untuk disiasat bagi mendapatkan keterangan.

Beliau berkata demikian semasa sidang media yang diadakan di Pusat Media Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK), Putra Heights, pada Ahad.

image is not available

Terdahulu, saluran paip gas milik Petronas terbakar pada jam 8.10 pagi, 1 April lalu, menyebabkan api marak setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius.

Kebakaran itu mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

Cedera Teruk Akibat Dihempap, Doktor Maklum 'Abang Belon' Berdepan Risiko Lumpuh Kekal